e-Gtukar adalah modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertujuan untuk memudahkan para guru dan pentadbir sistem untuk membuat pertukaran atas sebab-sebab yang dibenarkan. e-Gtukar telah dibangunkan sendiri oleh beberapa sektor dalam KPM seperti Sektor Operasi Pendidikan (SOP), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM). Perlu diingatkan hanya guru yang telah berdaftar dalam Pentadbiran Sistem dan Pentadbir Sistem yang dilantik oleh KPM sahaja boleh menggunakan modul ini.
Pada tahun 2018, KPM mendapati terdapat 20,470 permohonan pertukaran telah dihantar oleh guru ke KPM. Antara sebab yang dikemukakan adalah jauh daripada pasangan hidup. KPM akan meneliti permohonan guru-guru yang telah menghantar permohonan. Beberapa syarat perlu dipatuhi sebelum ianya diluluskan dan KPM berusaha sedaya upaya untuk membantu guru-guru yang benar-benar ingin bertukar atas pelbagai alasan namun keputusan pertukaran bergantung juga kepada kekosongan sekolah yang dipohon.
Pada tahun 2019 juga, KPM akan membuka permohonan kepada guru yang memerlukan untuk bertukar. Oleh itu, modul e-Gtukar akan digunakan dan akan dibuka secara berperingkat untuk sesi Januari 2025 dan Jun 2025.
Seperti tahun lalu, permohonan akan ditapis berdasarkan keperluan dan syarat yang telah ditetapkan. Para guru yang berminat untuk membuat permohonan dinasihatkan untuk membuat semakan maklumat dan tindakan untuk membuat pembetulan maklumat peribadi perlu melalui laman sesawang e-operasi dengan segera. Jika terdapat sebarang permasalahan sila berhubung dengan pentadbir sekolah masing-masing.
Permohonan e-GTukar Pertukaran Guru Online sesi Januari dan Jun 2025
Maklumat bagi tahun 2025 akan dikemaskini. Berikut merupakan cara membuat permohonan e-Gtukar, tarikh tutup permohonan, syarat membuat permohonan dan lain-lain info berkaitan permohonan e-Gtukar Tahun 2024 yang dikendalikan oleh KPM ini:
Cara Membuat Permohonan e-GTUKAR
Permohonan Online e-Gtukar
Sila masukkan ID pengguna, kata laluan dan kad pengenalan seperti yang didaftarkan kemudian tekan butang OKUntuk pengguna kali pertama, sila daftar masuk dengan mengisi maklumat peribadi dan tekan butang simpan egtukar
- Dibuka :
- Ditutup : 15 Oktober 2023
Permohonan Semasa Pertukaran Guru
Semakan Kekosongan Jawatan Mengikut Negeri
Para pemohon perlu menggunakan sistem lampu isyarat dalam mendapatkan maklumat berkaitan kekosongan jawatan dan opsyen di negeri pilihan sebelum membuat pengesahan atas permohonan yang dibuat
Sistem lampu isyarat adalah petunjuk jika terdapat kekosongan atau sebaliknya. Jika lampu hijau maka terdapat kekosongan jika lampu isyarat warna merah maka tiada kekosongan
Syarat Umum Permohonan e-GTUKAR 2024
Guru hanya dibenarkan bertukar apabila mendapat kelulusan dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran daripada jabatan pendidikan yang dipohon diluluskan
Permohonan hanya boleh dipertimbangkan jika terdapat kekosongan di tempat/negeri yang dipohon
Penempatan ke sekolah akan ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM
Sebarang pembatalan pertukaran setelah permohonan diluluskan tidak akan dilayan
Senarai Guru Yang Tidak Layak Memohon Pertukaran
- Guru yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji
- Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
- Guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (KDC)
- Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
- Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar
- Guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
Info Penting
Salinan dokumen yang diperlukan perlu diserahkan kepada pengetua atau guru besar untuk pengesahan
Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah benar. Jika didapati terdapat pemalsuan permohonan tidak akan dilayan
Semua jawatan yang dipegang akan tergugur apabila permohonan pertukaran diluluskan
Maklumat Lanjut
Sebarang info lain anda boleh muat turun senarai FAQ dan juga manual panduan pengguna seperti di pautan di bawah