Berikut adalah maklumat alternatif berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2024 (STR 2024). Informasi adalah bermula dengan Permohonan Baharu, Kemaskini dan Semakan Keputusan STR sehingga jadual pembayaran STR 2024 serta permohonan rayuan bagi pemohon yang gagal.
Sumbangan Tunai Rahmah merupakan perkara yang terkandung dalam intipati pembentangan Belanjawan 2024 dimana kerajaan mengumumkan penerusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berikutan bantuan ini terbukti berkesan sebagai suatu bentuk subsidi bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukannya.
Permohonan STR 2024 Kemaskini Semakan Status Dan Rayuan
Sebagai makluman, semua kandungan maklumat yang dinyatakan di adalah benar dan tepat berdasarkan rujukan editor GCarian terhadap Infografik STR yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
1) Permohonan Baharu STR 2024 Sumbangan Tunai Rahmah
Permohonan Baharu STR adalah merujuk kepada rakyat Malaysia yang belum pernah memohon atau pasangan kepada penerima STR 2023 yang telah meninggal dunia / bercerai ataupun rakyat Malaysia (pemohon) yang gagal / tidak layak dalam permohonan pada tahun sebelumnya.
Sekiranya perkara yang dinyatakan ini mempunyai kaitan dengan anda selain menepati syarat kelayakan yang ditetapkan, anda boleh membuat permohonan baru bagi mendapatkan Sumbangan Tunai Rahmah.
Tarikh Rasmi Permohonan Pendaftaran STR 2024
DIBUKA : 1 November 2023
DITUTUP : 30 September 2024
Tarikh yang dinyatakan adalah tepat sepertimana diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Permohonan STR Secara Online
Permohonan secara online adalah melalui Portal Rasmi STR Hasil, sila klik pada judul pautan di bawah.
BORANG STR ONLINE |
Berikut adalah pautan lampiran panduan untuk membuat permohonan.
Permohonan Secara Borang Manual
Permohonan secara borang manual adalah melengkapkan borang permohonan yang boleh didapati secara percuma di semua Kaunter STR LHDNM ataupun klik pada judul pautan di bawah.
BORANG PERMOHONAN MANUAL |
Panduan pengisian maklumat permohonan dan dokumen yang perlu disertakan dan penghantaran borang telah dinyatakan dalam borang berkenaan.
2) Kemaskini STR 2024 Sumbangan Tunai Rahmah
Kemaskini Maklumat STR adalah merujuk kepada penerima sedia ada. Mereka perlu kemaskini (update) sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tiga tahun permohonan STR bagi mengesahkan diri masih wujud.
Atau terdapat perubahan maklumat peribadi seperti kematian pasangan / tanggungan. Ataupun perubahan status perkahwinan, perubahan alamat / nombor telefon dan perubahan waris.
Atau terdapat perubahan maklumat peribadi seperti kematian pasangan / tanggungan. Ataupun perubahan status perkahwinan, perubahan alamat / nombor telefon dan perubahan waris.
Tarikh Rasmi Kemaskini Maklumat STR 2024
FASA 1, 2, 3 & 4
DIBUKA : 1 November 2023
DITUTUP : 30 November 2023
FASA 2, 3 & 4
DIBUKA : 1 Disember 2023
DITUTUP : 29 Februari 2024
FASA 3 & 4
DIBUKA : 1 Mac 2024
DITUTUP : 30 Jun 2024
FASA 4
DIBUKA : 1 Julai 2024
DITUTUP : 30 September 2024
Tarikh yang dinyatakan adalah tepat sepertimana diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Cara Buat Kemaskini STR 2024
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) menyediakan dua kaedah bagi tujuan pengemaskinian maklumat permohonan iaitu secara dalam talian (online) dan borang manual. Sila menggunakan salah satu daripada kaedah yang disediakan bagi mengelakkan duplikasi atau pentindihan maklumat pemohon.
Kemaskini STR Secara Online
kemaskini STR 2024 secara online adalah melalui aplikasi MySTR Portal Rasmi STR Hasil, sila klik pada judul pautan di bawah.
KEMASKINI STR ONLINE |
Berikut adalah pautan lampiran panduan untuk membuat kemaskini.
Kemaskini STR Secara Borang Manual
Kemaskini STR 2024 secara borang manual adalah melengkapkan borang kemaskini permohonan yang boleh didapati secara percuma di semua Kaunter STR LHDNM ataupun klik pada judul pautan di bawah.
BORANG KEMASKINI STR MANUAL |
Panduan pengisian maklumat kemaskini permohonan dan dokumen yang perlu disertakan dan penghantaran borang telah dinyatakan dalam borang berkenaan.
3) Semakan Keputusan STR 2024 Sumbangan Tunai Rahmah
Keputusan STR adalah merujuk kepada pemohon yang telah membuat permohonan baharu atau penerima sedia yang yang mahu mengetahui sama permohonan / kemaskini STR mereka diluluskan (berjaya) atau tidak.
Semakan Keputusan Permohonan / Kemaskini STR 2024 Boleh Dibuat
TARIKH : Akan dikemaskini
Cara Buat Semakan Keputusan STR 2024
Surat makluman keputusan permohonan / kemaskini STR akan dicetak dan diposkan mengikut alamat di dalam Borang Permohonan selain pemohon boleh membuat semakan secara online atau menggunakan (Official) Aplikasi Mobile Semakan STR.
Semakan Keputusan STR Secara Online
Semakan keputusan STR 2024 secara online adalah melalui sistem aplikasi MySTR Portal Rasmi ESTR Hasil, sila klik pada judul pautan di bawah.
Berikut adalah pautan lampiran panduan untuk membuat permohonan.
PANDUAN
|
4) Jadual Pembayaran STR 2024
Jadual pembayaran STR 2024 adalah penting sebagai rujukan kepada pemohon yang berjaya bagi mengetahui bila duit STR akan diterima. Sila klik pada judul pautan di bawah untuk mendapatkan jadual rasmi pembayaran STR 2024.
JADUAL BAYARAN STR |
5) Permohonan Rayuan STR 2024 Sumbangan Tunai Rahmah
Permohonan Rayuan STR adalah merujuk kepada pemohon yang gagal (tidak berjaya) dalam permohonan. Keterangan / sebab / punca gagal akan diberitahu selepas pemohon membuat semakan status pemohon.
Bagaimanapun, pemohon masih mempunyai peluang untuk mendapatkan Sumbangan Tunai Rahmah iaitu dengan membuat permohonan rayuan STR.
Tarikh Rasmi Permohonan Rayuan STR 2024
DIBUKA :
DITUTUP :
Tarikh yang dinyatakan adalah tepat sepertimana diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Cara Buat Permohonan Rayuan STR
Kaedah yang disediakan untuk membuat permohonan rayuan STR 2024 adalah menggunakan borang manual kerana pemohon yang gagal perlu mengemukakan dokumen sokongan rayuan yang diperlukan.
Permohonan Rayuan STR 2024 boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM bermula 02 April 2024 sehingga 31 Mei 2024 (tertakluk pada pindaan). Sila klik untuk keterangan Kod Alasan Tidak Lulus dan Dokumen Sokongan yang perlu dibawa semasa tempoh rayuan.
KOD ALASAN TIDAK LULUS
|
Kaunter Rayuan STR 2024 di Cawangan LHDNM hanya dibuka pada hari bekerja sahaja. Sila Klik Jadual Pembukaan Kaunter Rayuan STR 2024 di semua Cawangan LHDNM.
JADUAL KAUNTER RAYUAN STR |
Pertanyaan? Hubungi:
- Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.
- Hotline STR LHDNM: 1-800-88-2747(waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang)
- Hotline STR MOF: 03- 8882 4565 | 03- 8882 4566
- E-mel: str@treasury.gov.my
- Portal Rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/#
Dengan adanya Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ianya diharap dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.
Related : sumbangan tunai rahmah str 2024, pusat transformasi bandar utc hasil, kaunter str tidak dibuka pada cuti hujung minggu cuti umum dan cuti negeri bagi negeri yang terlibat, 60 tahun dan ke atas, membantu golongan yang kurang berkemampuan, menghadapi cabaran kos sara hidup, rm2,500 dan ke bawah, isi rumah rm5,000 dan ke bawah, mulai 1 november 2023, bujang atau bapa tunggal balu janda duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat kelayakan
19 tahun dan ke atas, januari 2024 berbanding rm3100 pada tahun 2023, pemohon yang perlu membuat permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun, november 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun, berumur 21 tahun, pemohon yang perlu membuat permohonan baharu str 2024, pembayaran akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun, nota individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas, pemohon yang masih belajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi awam swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang,