eKasih Cara Daftar Dan Semakan Permohonan Secara Online

Sistem eKasih. Kemiskinan merupakan satu isu yang sering dibangkitkan di mana-mana negara di dunia ini. Setiap kerajaan yang memerintah akan mencari jalan untuk membanteras kemiskinan dalam negara mereka. Malaysia juga tidak terkecuali. Sejak zaman kemerdekaan Kerajaan Malaysia berusaha mewujudkan akta, mengumpul data dan membahaskannya di dewan parlimen dengan tujuan membasmi kadar kemiskinan dalam negara. Usaha itu masih terus dilakukan hingga sekarang.

Antara usaha yang sedang dijalankan sekarang adalah mewujudkan sistem e-Kasih. Sistem ini telah dibangunkan oleh agensi kerajaan persekutuan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM), Jabatan Perdana Menteri. Sistem e-Kasih ini bertindak sebagai pusat pengumpulan data Kemiskinan Nasional berkenaan kemiskinan di Malaysia yang bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.

Berdasarkan info dari portal rasmi e-Kasih, golongan yang berpendapatan rendah seperti yang ditetapkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2012 di mana jika KIR berpendapatan kurang daripada RM 1500 sebulan untuk kawasan bandar dan bawah RM 1000 untuk luar bandar anda adalah layak untuk mendaftar. Individu yang ingin berdaftar boleh mendapatkan nasihat daripada Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/ Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN) yang berhampiran.

E-Kasih : Cara Daftar Dan Semak Status Permohonan

Perhatian kepada mereka yang ingin tahu info berkaitan sistem e-Kasih ini, berikut kami kongsikan beberapa info penting untuk panduan semua.

Sistem E-Kasih

e-Kasih merupakan sebuah sistem berpusat yang emngendalikan pangkalan data keluarga miskin yang dapat membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Ianya bukanlah program, tetapi ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar. Data ini digunakan oleh kementerian/agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.

Antara kegunaan sistem ini ialah:

  1. Semakan secara atas talian/ online bagi status kemiskinan
  2. Menyelaraskan maklumat bantuan
  3. Mengemaskini secara onlinemaklumat kemiskinan terkini
  4. Pengiraan automatik status miskin atau miskin tegar melalui Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita
  5. Penjanaan statistik dan laporan kemiskinan
  6. Pemantauan dan pemetaan kemiskinan yang lebih efisyen

Kelayakan

Pendapatan Per Kapita Isirumah Kurang Daripada

Luar BandarBandar
RM1,000RM1,500

Borang Pendaftaran

Individu/orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat berikut atau membuat panggilan telefon, surat atau e-mel rasmi atau membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

  • Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan

Anda disarankan pergi ke mana-mana cawangan Unit Pembangunan Pejabat daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang terdekat dengan tempat kediaman anda

Kakitangan mereka akan membantu anda untuk register dan lakukan pendaftaran ekasih

Pastikan dokumen yang mereka mahukan adalah lengkap. Setiap individu, dokumen yang kakitangan Pejabat Daerah perlukan adalah berbeza-beza

Selepas surat permohonan dihantar, nantikan kedatangan kakitangan pejabat daerah bahagian pembangunan ke rumah anda untuk mengedahkan permohonan

Samada anda layak atau tidak sebagai penerima bantuan, mereka akan buat penilaian untuk dimasukkan dalam sistem online ini

Cara Membuat Semakan Pendaftaran E-Kasih

Semakan Pendaftaran

Sila masukkan no kad pengenalan anda untuk membuat semakan

Anda jiga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian/Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

Soalan Lazim

Pautan di atas memaparkan soalan yang kerap ditanya beserta dengan jawapan atas setiap persoalan

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan lengkap sila layari pautan di bawah:

e-Kasih

Manual Pengguna

Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing. Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

Related : bank data kemiskinan nasional bagi membantu merancang, bawah pendapatan garis kemiskinan, diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu, syarat kelayakan, nasional yang mengandungi maklumat, mengandungi maklumat mengenai kemiskinan,