Cara membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah

Awal Muharram yang jatuh pada 1 Muharram menandakan masuknya tahun baru dalam kalender Islam atau Kalender Hijrah. Bulan Muharram merupakan bulan pertama dalam Kalender Hijrah sebagaimana yang ditetapkan mulai pemerintahan Khulafa Ar-rasyidin iaitu ketika pemerintahan Khalifah Saidina Umar Al Khatab pada tahun 634 Masihi.

Tarikh ini dipilih sempena memperingati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi setelah menerima pelbagai cadangan oleh para sahabat termasuklah memilih tarikh Nabi Muhammad SAW dilahirkan dan juga tarikh Nabi Muhammad SAW diangkat sebagai Nabi dan Rasul sebagai tarikh permulaan.

Tarikh peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan Kaum Muhajirin telah dipilh sebagai permulaan tahun baru dalam kalender Islam berikutan betapa besarnya anjakan paradigma yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dan Kaum Muhajirin yang pertama kali terjadi dalam sejarah Islam membina kerajaan diwaktu yang genting serta dalam kesukaran dan seterusnya menyebarkan dakwah Islam sehingga seluruh dunia.

Kita sebagai umat Islam diseru agar mengamati perjuangan dan penghijrahan yang dilakukan Nabi Muhammad SAW dan kaum Muhajirin sehingga kita mampu mengecapi nikmat iman dan islam pada hari ini. Di Malaysia, kita amatlah bertuah berikutan 1 Muharram dipilih sebagai cuti umum dan membolehkan kita untuk menambah amal serta beribadah kepada Allah SWT.

Sudah menjadi kelaziman buat umat Islam untuk menyambut kedatangan tahun baru dengan doa akhir tahun dan awal tahun. Doa awal tahun kebiasaannya dibaca sebelum solat fardu Maghrib manakala doa awal tahun dibaca selepas solat fardu Magrhib

Amalan Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah

  1. Berpuasa pada hari terakhir Zulhijjah.
    • Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam.” (Sahih Muslim)
  2. Berpuasa juga pada hari berikutnya iaitu hari pertama Muharram
    • “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.” (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)
  3. Membaca Doa Akhir Tahun sebelum waktu Maghrib dan Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib atau pada malamnya.
    • “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.” (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)

Doa Akhir Tahun

Doa akhir tahun boleh dibaca ketika matahari hampir tenggelam pada 29 Zulhijjah 1445H bersamaan 6 Julai 2024 (Sabtu) selepas waktu solat Asar hingga sebelum waktu solat Maghrib

Maksud

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yangsedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun

Doa awal tahun boleh dibaca setelah menyempurnakan solat fardhu Maghrib pada 29 Zulhijjah 1445 bersamaan 6 Julai 2024 – Sabtu (malam 1 Muharram 1446H)

Maksud

Dengan Nama Alah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebi-hanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang te-lah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.