Permohonan Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia 2019

Melalui pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kerajaan telah meluluskan dana yang berjumlah 1 billion bagi memberikan bantuan pembiayaan pemilikan rumah pertama untuk golongan berpendapatan rendah iaitu B40. Ia dikenali dengan nama Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia (BNM). Dana ini disasarkan untuk membantu golongan yang berpendapatan RM 2,300 ke bawah sebulan untuk pembelian rumah pertama.

Dana ini akan disediakan bermula pada 2 Januari 2019 selama dua tahun atau sehingga dana tersebut habis digunakan. Dana ini boleh digunakan untuk pembelian rumah pertama berharga sehingga RM 150,000 dan boleh didapati di Ambank, CIMB Bank, Maybank, RHB bank dan Bank Simpanan Nasional melalui kadar pembiayaan terkurang serendah 3.5%. Pemohon boleh memilih sama ada ingin mendapatkan pembiayaan secara konvensional atau islamik di institusi kewangan yang mengambil bahagian.

Bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ dana ini mampu sekurang-kurangnya mengurangkan bayaran bulanan pembiayaan oleh peminjam. Kerajaan juga ada memperkenalkan satu bentuk modul pendidikan kewangan bagi membantu pemohon membuat pembelian rumah pertama. Modul ini disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi membantu pemohon menilai kestabilan kewangan sebelum membeli rumah pertama mereka.

Permohonan Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia (BNM) Untuk Golongan B40 Bermula 2 Januari 2019

Berikut dikongsikan syarat membuat permohonan serta ciri-ciri pembiayaan dana Rumah Mampu Milik BNM. Turut dikongsikan adalah beberapa info penting berkaitan Dana Rumah Mampu Milik BNM sebagai panduan untuk memudahkan pemohon:

Syarat Kelayakan Permohonan Dana Rumah Mampu Milik BNM

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon mempunyai rekod pembayaran pembiayaan yang baik untuk tempoh 12 bulan lalu
  • Pemohon boleh sama ada peminjam tunggal atau peminjam bersama
  • Pemohon boleh sama ada makan gaji atau bekerja sendiri
  • Pendapatan pemohon mestilah bawah daripada RM 2,300 sebulan seisi rumah (bermula 1 September 2019, dinaikkan kepada RM4,630)

Ciri-Ciri Dana Rumah Mampu Milik BNM

Berikut merupakan ciri-ciri yang perlu dipatuhi untuk pembiayaan dana rumah mampu milik BNM:

CIRI-CIRIPENERANGAN
Jenis harta tanahTerhad kepada harta tanah kediaman di pasaran utama sahaja
Harga harta tanahHarga harta tanah mestilah tidak melebihi RM 150,000 (Bermula 1 September 2019, dinaikkan kepada RM300,000)
Tempoh pembiayaanSehingga 40 tahun atau sehingga umur 70 tahun
Margin PembiayaanMargin pembiayaan dibenarkan meliputi pembayaran bagi wang pendahuluan serta jaminan gadai janji bertempoh / caruman takaful
Moratorium penjualan harta tanah

Tarikh Rasmi Pemberian Dana Rumah Mampu Milik BNM

BUKA : 2 Januari 2019

TUTUP : Sehingga peruntukan dana habis

Pendidikan Kewangan Bagi Dana Rumah Mampu Milik BNM

Untuk pengetahuan, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ada menyediakan bantuan khidmat nasihat kepada peminjam sebelum membeli rumah. Untuk maklumat lanjut sila klik pautan di bawah:

Lain-Lain Insentif Untuk Pemilikan Rumah Pertama Golongan Berpendapatan Sederhana

  • Melalui pembentangan Belanjawan 2019, kerajaan turut mengumumkan beberapa bantuan untuk golongan berpendapatan sederhana memiliki rumah pertama yang berharga sehingga RM 500,00
  • Cagamas Bhd mendapat peruntukan sebanyak RM 25 juta untuk menyediakan jaminan pajak gadai dan membenarkan peminjam memperoleh pembiayaan lebih tinggi seperti bayaran deposit hanya untuk pembeli rumah pertama dengan pendapatan isi rumah sehingga RM5,000
  • Mendapat pelepasan duti setem sehingga RM 300,000 yang pertama ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian bagi tempoh dua tahun hingga Disember 2020
  • Melalui bantuan seperti ini,peminjam akan menikmati penjimatan sebanyak 7% hingga 11%. Selain itu, terdapat juga potongan diskaun yang akan ditawarkan oleh pemaju

Maklumat Lanjut

Berikut merupakan senarai institusi kewangan yang terlibat dalam program Dana Rumah Mampu Milik BNM:

INSTITUSI KEWANGANNOMBOR UNTUK DIHUBUNGI
BNMTELELINK1-300-88-5465
Malayan Banking Berhad (Maybank)1-300 88 6688
CIMB Bank Berhad (CIMB)03-6204 7788
Bank Simpanan Nasional (BSN)1-300 88 1900
AmBank (M) Berhad (AmBank)03-2178 8888
RHB Bank Berhad (RHB)03-9206 8118 (Semenanjung Malaysia)
08-2276118 (Sabah dan Sarawak)