Wang adalah aset penting dalam kehidupan seseorang sebagai suatu alat untuk melengkapkan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Tekanan ekonomi yang menyebabkan kos sara hidup semakin bertambah menyebabkan persaingan dalam mendapatkan pekerjaan turut meningkat. Maka, bagi golongan yang tidak berjaya untuk bekerja di sektor awam atau swasta, alternatif lain adalah untuk membuka dan menguruskan perniagaan sendiri
Perniagaan boleh ditakrifkan sebagai suatu bentuk organisasi yang sah dan memperoleh pengiktirafan untuk menyediakan barangan atau perkhidmatan, atau kedua-duanya sekali. Majoriti perniagaan merupakan milik persendirian atau enterprise yang diasaskan untuk mencari keuntungan agar dapat menambahkan kekayaan si pemilik lantas membesarkan perniagaan tersebut
Sebagai langkah pertama untuk memulakan perniagaan secara sah, pendaftaran perniagaan perlu dilakukan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Buat maklumat semua, SSM merupakam sebuah badan berkanun yang diasaskan melalui hasil gabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia. Badan ini juga bertanggungjawab mengawal selia perniagaan dan syarikat-syarikat di Malaysia
Peranan SSM adalah sebagai agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan. Di samping itu, SSM berfungsi sebagai pengantara yang membekalkan informasi syarikat dan perniagaan kepada orang awam. Buat yang berminat, berikut dikongsikan Cara Mendaftar Enterprise Lesen Perniagaan SSM Online
Cara Mendaftar SSM Perniagaan Baharu Secara Online Melalui Ezbiz Online
Kepada mereka yang berhasrat untuk memulakan perniagaan dan membuat pendaftaran di SSM, rujuk panduan di bawah. Maklumat yang dikongiskan termasuk prosedur pendaftaran, syarat kelayakan, fi pendaftaran, panduan am dan lain-lain
Jenis Perniagaan
Jenis Perniagaan | Maksud |
Perniagaan Milik Tunggal (Enterprise) | Perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik |
Perniagaan Perkongsian | Perniagaan yang dimiliki oleh sekurang-kurangnya dua (2) hingga dua puluh (20) orang rakan kongsi |
Syarat Pendaftaran Perniagaan
- Pemilik hendaklah mempunyai kewarganegaraan Malaysia atau penduduk tetap
- Pemilik perlu berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
- Hanya pemilik/rakan kongsi yang dibenarkan untuk mengemukakan permohonan
Prosedur Pendaftaran Perniagaan
Berikut dikongsikan prosedur untuk mendaftar perniagaan di SSM menggunakan EzBiz Online:
LAYARI LAMAN EZBIZ SSM UNTUK MEMBUAT PENDAFTARAN ONLINE
I) Klik butang Sign Up untuk membuat pendaftaran baru. Masukkan maklumat-maklumat yang diperlukan
II) Jika sudah memiliki akaun, isikan USERNAME dan PASSWORD serta kod verifikasi. Klik butang Sign In
III) Setelah melakukan pendaftaran secara online menerusi pautan di atas, buat pengesahan akaun di pejabat SSM berhampiran. Lokasi pejabat SSM boleh dirujuk di Pejabat SSM Seluruh Negeri
IV) Kad pengenalan perlu dibawa bersama
V) Pengguna akan dikehendaki untuk mengesahkan cap jari sebagai proses Pengaktifan ID (bagi tujuan keselamatan)
VI) Pengesahan hanya perlu dilakukan sekali sahaja
VII) Setelah proses pengesahan selesai dilakukan, barulah sistem EzBiz Online dapat digunakan untuk membuat pendaftaran serta pembaharuan perniagaan
VIII) Klik My Business Services dan klik New Business di bawah seksyen New Business Registration. Isi dan lengkapkan Borang A/Form A (Registration of New Business) dengan maklumat-maklumat berikut:
IX) Nama perniagaan (boleh didaftarkan dengan menggunakan nama sendiri atau nama Tred)
Nama Sendiri | Nama Tred |
Nama seperti yang tertera dalam kad pengenalan dan tiada kelulusan nama perniagaan yang perlu dimohon. Contoh: Ali bin Mohamad, Ravinthran, Lee Shuren | Nama perniagaan yang dicadangkan serta perlu memperoleh kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dahulu. Contoh: Hatijah Maju, XVC Enterprise |
- Tarikh mula perniagaan
- Alamat utama perniagaan
- Alamat cawangan perniagaan (sekiranya ada)
- Maklumat pemilik serta rakan kongsi
- Salinan perjanjian perkongsian (sekiranya ada)
- Jenis perniagaan yang akan dijalankan
- Contoh BORANG A (hardcopy):
4) Setelah selesai melengkapkan permohonan dengan maklumat yang diperlukan, lakukan bayaran di bahagian Fees & Declaration (bayaran boleh dilakukan secara online atau di kaunter)
FI Pendaftaran Mengikut Jenis Perniagaan
Ketegori | Jumlah Fi/Bayaran |
Perniagaan pemilikan tunggal (memakai nama sendiri berdasarkan kad pengenalan) | RM 30.00 |
Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred | RM 60.00 |
Pendaftaran cawangan | RM 5.00 untuk setiap cawangan |
Mencetak maklumat perniagaan | RM 10.60 termasuk GST |
Syarat Pendaftaran Perniagaan
- Jenis perniagaan yang didaftarkan perlulah mematuhi dan tidak melanggar undang-undang selain bersesuaian dengan ketenteraman awam, keselamatan persekutuan serta tidak bertentangan dengan prinsip moral
- Perniagaan mestilah sudah berjalan dan berdaftar kurang dari 30 hari dari tarikh mula perniagaan
- Pendaftaran perniagaan yang baru dapat dibuat bagi tempoh masa setahun dan tidak lebih dari lima (5) tahun pada setiap pendaftaran
- Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diterima dalam tempoh satu (1) jam dari waktu pembayaran dilakukan
- Individu yang menjalankan perniagaan tetapi tidak melakukan pendaftaran perniagaan tersebut dianggap sebagai membuat kesalahan di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956. Sekiranya disabitkan kesalahan akan dikenakan denda sejumlah maksimum RM 50,000 atau dipenjara selama tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali
- Pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk memperoleh lesen, permit atau surat kebenaran yang sepatutnya untuk perniagaan yang dijalankan daripada pihak berkuasa berkaitan. Hal ini hendklah dilakukan walaupun perniagaan tersebut telah didaftarkan di SSM
Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut mengenai Cara Mendaftar Enterprise Lesen Perniagaan SSM Online, sila lihat FAQ yang disediakan atau hubungi:
MENARA SSM@SENTRAL
No 7, Jalan Stesen Sentral 5,
Kuala Lumpur Sentral,
50623 Kuala Lumpur.
- Hotline SSM: +603 22994400
- E-mel Rasmi: enquiry@ssm.com.my
- FAQ: Soalan Lazim FAQ SSM
- Portal Rasmi SSM di pautan URL Laman Web Rasmi SSM