Cara Daftar Calon Persendirian SPMU / SPM 2024

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan peperiksaan yang amat penting di Malaysia. Kebanyakan majikan meletakkan syarat minima mempunyai SPM kepada sesiapa yang ingin berkerja di syarikat mereka. Kebiasaanya SPM akan diambil oleh pelajar tingkatan 5 di semua sekolah di Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merupakan kementerian yang bertanggungjawab untuk menyediakan penilaian bertulis seperti SPM agar sentiasa menepati piawaian. Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) pula bertanggungjawab untuk mengelolakan peperiksaan rasmi di Malaysia seperti SPM.

KPM sedar ada sesetengah individu tidak dapat menduduki SPM ketika berada di tingkatan 5 atas sebab-sebab tertentu. Ada juga dalam kalangan rakyat yang gagal dalam SPM dan ingin menduduki peperiksaan tersebut kerana kesedaran kepentingan SPM demi kelangsungan masa depan mereka. Oleh itu KPM menyediakan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) kepada mereka yang berminat untuk menduduki peperiksaan ini.

Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian dan terdapat dua sesi iaitu sesi Jun dan sesi November. Bagi tahun 2024, sesi Ogos hanya menawarkan maksima tiga kertas iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik dan dijangkakan akan berlangsung pada bulan Ogos. Manakala sesi November pula menawarkan semua subjek SPM dan akan diadakan pada tarikh yang sama seperti SPM 2024.

Pendaftaran Online Calon Persendirian SPM Ulangan (SPMU)/ SPM Tahun 2024

Berikut merupakan cara membuat pendaftaran calon persendirian SPMU/SPM 2024. Bagi mereka yang berminat boleh ikuti perkongsian seperti di bawah:

Tarikh Pendaftaran Calon Persendirian SPM/SPMU 2024

Dibuka : 1 Mac 2024

Ditutup : 31 Mac 2024 (SPMU) 7 Jun 2024 (SPM)

Bagi calon SPM 2023 yang ingin mengambil peperiksaan SPM Ulangan 2024, pendaftaran akan dibuka bermula pada 15 Mei hingga 7 Jun 2024

Bagi calon persendirian tahun SPM 2024, Tarikh tutup pendaftaran dilanjutkan hingga tarikh yang akan dikemaskini

Permohonan yang lewat tidak akan dilayan. Untuk maklumat yang tepat sila layari portal rasmi KPM dan LPM.

Cara Membuat Pendaftaran Calon Persendirian SPMU 2024

Sila layari pautan di bawah untuk membuat pendaftaran di aplikasi Sistem Pengurusan Peperiskaan Atas Talian (SPPAT):

PENDAFTARAN CALON PERSENDIRIAN SPMU

I) Sila masukkan maklumat seperti no kad pengenalan, tahun peperiksaan dan angka giliran berdasarkan peperiksaan terakhir SPM anda

II) Rujuk sijil atau slip keputusan yang diperolehi untuk lengkapkan maklumat kemudian tekan butang mohon

Cara Membuat Pendaftaran Calon Persendirian SPM 2024

Sila layari pautan di bawah untuk membuat pendaftaran di aplikasi Sistem Pengurusan Peperiskaan Atas Talian (SPPAT):

PENDAFTARAN CALON PERSENDIRIAN SPM

I) Sila masukkan maklumat seperti no kad pengenalan dan tekan butang mohon

Panduan Mengisi Borang Pendaftaran Online

  1. Layari pautan seperti di atas dan tekan butang daftar
  2. Masukkan butiran yang diperlukan seperti yang tertera kemudian tekan butang mohon
  3. Sahkan maklumat yang diberikan dan tekan butang teruskan
  4. Lengkapkan maklumat peribadi yang diminta dan tekan butang teruskan
  5. Tandakan mata pelajaran yang ingin diambil kemudian tekan butang teruskan. Jumlah bayaran akan dipaparkan berdasarkan mata pelajaran yang diambil
  6. Pilih pusat peperiksaan yang diinginkan kemudian tekan butang teruskan. Kekosongan berdasarkan kouta pusat peperiksaan tersebut
  7. Pastikan maklumat yang diberikan adalah benar kemudian tandakan ruangan akur janji sebelum hantar permohonan
  8. Pastikan anda mencetak dokumen senarai semak pendaftaran SPMU dan kenyataan semakanBayaran bagi permohonan pendaftaran hendaklah dilaksanakan melalui kaedah perbankan elektronik

Peringatan

  1. Semua maklumat yang diberikan haruslah tepat dan benar sebelum hantar permohonan
  2. Permohonan SPMU hanya dibuka untuk calon SPM yang pernah mengambil SPM/ SPM(V)/ SPVM/MCE/ SC/ FMC
  3. Membuat permohonan pendaftaran pada tarikh yang dinyatakan. Sebarang kelewatan tidak akan dilayan
  4. Setelah melaksanakan permohonan dan bayaran secara dalam talian, pemohon hendaklah mencetak dan menghantar/ mengepos dokumen berikut ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat pemohon memilih untuk menduduki peperiksaan:
    • Salinan Kenyataan Semakan;
    • Salinan Resit bayaran (perbankan elektronik); dan
    • 4 keping sampul Pos Laju Prabayar atau Pos Ekspres bersaiz A5 beralamat sendiri
    • Kegagalan calon mengemukakan dokumen, akan menyebabkan calon tidak menerima maklumat penting berkaitan peperiksaan. Alamat JPN boleh didapati di portal Lembaga Peperiksaan (http://lp.moe.gov.my)
  5. Semakan permohonan pendaftaran SPMU boleh dilakukan di aplikasi semak daftar SPMU bermula 1 Ogos 2023 dan untuk calon persendirian SPM pula pada 1 November 2023 di aplikasi semak daftar SPM persendirian
  6. Sila cetak borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) dan bawa bersama maklumat peribadi dan perlatan ke pusat peperiksaan
  7. Permohonan pindah pusat peperiksaan spm antara tarikh yang akan dikemaskini manakala Permohonan pindah pusat peperiksaan spmu bermula tarikh yang akan dikemaskini dan Permohonan pembetulan maklumat (tanpa bayaran) antara tarikh yang akan dikemaskini manakala Permohonan pembetulan maklumat spmu antara tarikh yang akan dikemaskini
  8. Pengemaskinian maklumat hanya boleh dibuat di JPN negeri masing-masing
  9. Borang PPP hendaklah dicetak semula jika terdapat pengemaskinian maklumat

Pembayaran Pendaftaran SPMU

PEPERIKSAANBAYARAN ASASMATA PELAJARANBAYARAN
SPMU Sesi Ogos RM 20.00Bahasa Melayu (1103)RM 12.00
Matematik (1449)RM 10.50
Sejarah (1249)RM 10.50
 SPM Sesi November RM 20.00Bahasa Inggeris (1119)RM 20.50
Bayaran mata pelajaran bertanda *RM 10.50
Bayaran mata pelajaran bertanda **RM 12.00