Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia atau Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) merupakan suatu ujian pemilihan sebagai syarat kelayakan awal kemasukan ke Program Ijazah Muda Pendidikan bagi Lepasan STPM / Setaraf di Universiti Awam.
Ujian MEdSi bertujuan untuk mengetahui tahap keupayaan calon-calon bagi mengikuti Program Ijazah Muda Pendidikan selain kecenderungan calon guru dari segi personaliti, minat kerjaya, nilai Integriti dan kecerdasan emosi.
Perkara-perkara atau item-item dalam soalan Medsi telah digubal oleh Jawatankuasa Panel Penggubal Medsi yang terdiri daripada sekumpulan pakar dari institusi pengajian awam Malaysia.
Ujian Medsi merupakan tapisan awal, calon-calon mesti lulus dalam ujian Medsi ini bagi melayakan calon untuk dipanggil temuduga kemasukan ke Program Ijazah Muda Pendidikan di Universiti Awam (UA).
Terkini Contoh-Contoh Format Soalan Ujian Medsi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Soalan dalam ujian Medsi ini adalah berbentuk psikometrik. Lazimnya sebanyak 300 soalan merangkumi semua bahagian yang perlu dijawab oleh calon-calon dalam masa yang ditetapkan.
Soalan- soalan berbentuk psikometrik terbahagi kepada empat bahagian, antaranya seperti berikut.
Soalan Ujian Medsi
Perkara | Item |
Bahagian 1 | Personaliti |
Bahagian 2 | Minat kerjaya |
Bahagian 3 | Nilai integriti |
Bahagian 4 | Kecerdasan emosi |
Contoh-Contoh Soalan Ujian Medsi