Semakan No Plat Terkini JPJ senarai no pendaftaran kenderaan

Nombor plat atau nombor pendaftaran kenderaan adalah nombor yang perlu dipamerkan setiap kenderaan bermotor yang berdaftar di Malaysia. Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) yang bertugas ke atas kawalan dan pengeluaran lesen ini. Bagi sesetengah individu yang berhasrat untuk membeli atau menempah nombor plat kenderaan, urusan boleh dilakukan menerusi Sistem Transaksi atas talian mySIKAP.

Orang ramai boleh mengetahui nombor pendaftaran baharu kenderaan untuk setiap negeri mengikut abjad dengan membuat semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini secara dalam talian (online) melalui Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Sistem Aplikasi Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Tahun Terkini akan memaparkan abjad dan permulaan nombor terkini mengikut negeri. Senarai nombor plat yang dikongsikan adalah setakan 21 Januari 2025 dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Cara Membuat Semakan No Pendaftaran (No Plate) Kenderaan Terkini Mengikut Negeri

Semakan adalah mudah dan percuma. Penerangan cara membuat semakan senarai nombor plat pendaftaran kenderaan terkini JPJ adalah seperti berikut:

Check Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini (JPJ)

I) Sila layari laman sistem Aplikasi Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), klik pada judul pautan di bawah.

II) Pilih Kawasan/Negeri

III) Masukkan Kod Sekuriti dan klik Semak

IV) Seterusnya Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini akan dipaparkan mengikut negeri dan kawasan seperti di bawah.

Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini (JPJ) Mengikut Negeri/ Kawasan

Dikemaskini pada 21 Januari 2025 (Selasa)

JOHOR – JXQ6840KEDAH – KFX7813LANGKAWI – KV7962E
KELANTAN – DFD9535MELAKA – MDX4308NEGERI SEMBILAN – NEE3796
PAHANG – CFA7587PULAU PINANG – PRM4584PERAK – ANT1135
PERLIS – RAX6627SELANGOR – BRC1513TERENGGANU – TDA7242
KOTA KINABALU – SJJ1043SANDAKAN – SMQ3296TAWAU – SWJ4195
BEAUFORT – SB1789JKENINGAU – SU6276MLAHAD DATU – SD2387X
KUCHING – QAB6498KSIBU – QS1154VMIRI – QM2344R
SRI AMAN – QBG6975SARIKEI – QRU8140BINTULU – QDB6234
LIMBANG – QLF2401KOTA SAMARAHAN – QCT3586KAPIT – QPD2340
Mukah BetongLawas 
WP KUALA LUMPUR – VNP6978WP LABUAN – LH2726 

Huruf Awal Nombor Plat Kenderaan

Berikut dikongsikan huruf awal nombor plat kenderaan mengikut negeri:

HURUF AWALNEGERI
APerak
BSelangor
CPahang
DKelantan (D diperuntukkan selepas Kelantan dan Terengganu berpisah daripada perkongsian plat T – Timur)
ESabah (sebelum 1980-an)
FPutrajaya (mulai Jun 2016)
GGagasan 1Malaysia
HTeksi (diikuti huruf negeri)
JJohor
KKedah
KVLangkawi
LLabuan
MMelaka
NNegeri Sembilan
PPulau Pinang
QSarawak
RPerlis
SSabah (ditukar daripada E)
TTerengganu (sebelum ini berkongsi dengan Kelantan (daerah Timur))
VKuala Lumpur (siri kedua; bermula Julai 2016)
WKuala Lumpur (siri pertama)
ZAngkatan Tentera Malaysia (ATM)

Related : tempahan nombor pendaftaran secara tempahan no syarikat pertubuhan koperasi badan koperasi badan profesional agensi terkini online borang tempahan nombor pendaftaran nombor pendaftaran secara tawaran perniagaan syarikat pertubuhan koperasi jpj latest profesional agensi kerajaan pihak individu perniagaan syarikat pertubuhan layak untuk mendaftar kenderaan badan profesional agensi kerajaan pemohon yang tidak berjaya,