Senarai buffet Ramadhan Shah Alam 2025 lokasi berbuka puasa

Alhamdulillah bermula 1 Ramadhan seluruh umat Islam di Malaysia telah pun mula menjalani ibadah puasa setelah setahun menantikan kedatangan bulan yang penuh keberkatan dalam Islam ini. Seperti yang dijanjikan oleh Allah, bulan Ramadhan ini penuh dengan pelbagai ganjaran kepada setiap hambaNya yang beramal dalam bulan yang mulia ini.

Setiap umat Islam wajib mengerjakan rukun Islam yang ketiga ini sekiranya tiada keuzuran. Selama sebulan kita akan berpuasa dengan menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula terbit fajar hingga terbenam matahari.

Senarai Buffet Ramadhan Shah Alam 2025 (Harga Dan Lokasi)

Bersempena bulan yang mulia ini, hotel dan resort di seluruh Malaysia ada menyediakan pakej buffet Ramadhan khas untuk bulan yang mulia ini. Pelbagai tawaran disediakan dengan harga yang berbaloi dan mampu untuk semua rakyat Malaysia.

Jadual di bawah adalah senarai set buffet Ramadhan sekitar Shah Alam tahun 2025. Turut disertakan adalah alamat, harga untuk dewasa serta kanak-kanak, nombor telefon dan juga laman sesawang rasmi hotel atau restoran bagi memudahkan semua.

Selamat menjalani ibadah puasa diucapkan. Sila pastikan yang pilihan juadah berbuka puasa yang dipilih adalah Halal dan jangan membazir semasa berbuka puasa. Semoga perjalanan puasa kali ini lebih baik dari tahun-tahun yang sudah.

SENARAI BUFFET RAMADHAN SHAH ALAM TAHUN 2025M – 1446H

Berikut adalah senarai promosi Iftar Ramadhan di sekitar Bandaraya Shah Alam, Selangor beserta dengan maklumat lanjut pakej berbuka puasa yang disediakan :-

Di bawah merupakan senarai bagi tahun 2025, senarai terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa

LOKASINO & ALAMATDEWASAKANAK-KANAKPAUTAN
 Concorde Hotel03 5520 8000 ext 2240
3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Shah Alam
145 75Open
  Me’nate Steak Hub 
Vista Alam Seksyen 14 Shah Alam
84.90 42.40
 Best Western, I-City 03 5521 9000
A-GF-01, No. 6, Persiaran Multimedia, CityPark, i-City 
Open
Pegasus Hotel
IDCC Shah Alam
 03 5036 8888
Jalan Pahat K15/K40200 Section 15, Shah Alam
75 38
 Mardhiyyah Hotel & Suites 03 5511 8811 ext 2612
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, Shah Alam
175 100Open
 Hotel UiTM Shah Alam 03 5519 2169
 Hotel UiTM Shah Alam, Persiaran Raja Muda, Shah Alam
75 30
 Glenmarie Hotel & Golf Resort03 7802 5200 ext 2135
1, Jalan Usahawan U1/8, Seksyen U1,
Shah Alam
198++ 128++Open
Kota Permai Golf & Country Club 03-5112 3700
No. 1, Jalan 31/100A, Kota Kemuning, Seksyen 31, Shah Alam
130 70

Informasi Berkaitan

Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak