Seramai kira-kira 1.6 juta kakitangan awam dan 775,000 pesara kerajaan akan menerima Bonus seperti diumumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Bajet 2025 pada 18 Oktober 2024. Pemberian bayaran khas adalah sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas perkhidmatan kakitangan awam.
Sama seperti tahun sebelumnya, Kerajaan Perpaduan telah mengumumkan bahawa pembayaran Bayaran Khas Bajet 2025 akan dibuat pada tahun hadapan iaitu 2025 dan bukannya pada tahun sebelum ini seperti kelazimannya.
Jumlah bayaran khas adalah sebanyak RM500 untuk semua penjawat awam Gred 56 dan bawah manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran khas sebanyak RM250.
Untuk makluman, pemberian khas ini tidak akan dikira sebagai pendapatan untuk tujuan cukai pendapatan. Ianya juga tidak perlu dicarumkan ke KWSP serta PERKESO. Justeru ianya dianggap sebagai bonus bagi kakitangan awam dan pesara kerajaan.
Jumlah Dan Tarikh Bayaran Bonus Bantuan Khas 2025 Penjawat Awam & Pesara Kerajaan
Menteri Kewangan sebelum ini telah mengumumkan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebagai bonus kepada penjawat awam pada akhir Februari 2024. Bayaran sebanyak RM2,000 kepada semua penajwat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. RM1,000 kepada semua jawatan utaam sektor awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform pada akhir bulan Februari 2024. RM1,000 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.
Berikut adalah maklumat berkaitan tarikh pembayaran Bonus penjawat awam dan pesara merangkumi informasi penting iaitu jumlah, tarikh, pekeliling serta lain-lain maklumat berkaitan.
Kerajaan ingin merakamkan penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, doktor, jururawat, guru dan semua penjawat awam atas bakti perkhidmatan mereka. Kerajaan ingin mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM2,000 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah. Bagi pesara kerajaan, Bantuan Khas Kewangan RM1,000 akan diberikan.
Pada 27 Julai 2023, Perdana Menteri dalam Majlis Peluncuran Ekonomi Madani telah mengumumkan bantuan khas penghargaan kepada penjawat awam yang akan disalurkan dalam tempoh dua minggu lagi. RM300 akan diberikan kepada Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai atau kakitangan lantikan kontrak dan RM200 akan diberikan pada pesara kerajaan, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteren tidak berpencen. Bayaran akan dilakukan pada 10 Ogos 2023 iaitu hari Khamis.
Jumlah Dan Tarikh Pembayaran Bayaran Khas Kakitangan Awam Dan Pesara Kerajaan Bajet 2025
500
| 250
|
Jumlah Dan Tarikh Pembayaran Bayaran Khas Kakitangan Awam Dan Pesara Kerajaan Bajet 2024 – Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam
2,000
| 1,000
|
Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024
I) PEKELILING PERKHIDMATAN
Surat Edaran Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Tahun 2024
II) PEGAWAI LAYAK TERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2024
- Pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service
- Pegawai yang bercuti bergaji penuh
- Pegawai yang bercuti separuh gaji
- Pegawai yang bercuti tanpa gaji
- Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Kewangan ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.
- Pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 23 Februari 2024 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut
- Guru interim
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman
III) PEGAWAI YANG TIDAK LAYAK TERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2024
- Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/ tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/ Gred Khas
- Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2024 hingga 23 Februari 2024
- Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2024 hingga 23 Februari 2024
- Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2024 hingga 23 Februari 2024
- Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan
Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023
I) PEKELILING PERKHIDMATAN
Surat Edaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023
II) PEGAWAI LAYAK TERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2023
- Pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service
- Pegawai yang bercuti bergaji penuh
- Pegawai yang bercuti separuh gaji
- Pegawai yang bercuti tanpa gaji
- Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Kewangan ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.
- Pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2023 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut
- Guru interim
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman
III) PEGAWAI YANG TIDAK LAYAK TERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2023
- Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/ tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/ Gred Khas
- Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga 17 Januari 2023
- Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 Januari 2023
- Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 Januari 2023
- Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan
Surat Pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia MALAYSIA
BAYARAN KHAS BAJET 2023
Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022
I) PEKELILING PERKHIDMATAN
Surat Edaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022
II) PEGAWAI LAYAK TERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2022
- Pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service
- Pegawai yang bercuti bergaji penuh
- Pegawai yang bercuti separuh gaji
- Pegawai yang bercuti tanpa gaji
- Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Kewangan ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.
- Pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2022 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut
- Guru interim
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman
III) PEGAWAI YANG TIDAK LAYAK TERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2022
- Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/ tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/ Gred Khas
- Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2022
- Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga 25 Januari 2022
- Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga 25 Januari 2022
- Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan
Surat Pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia MALAYSIA
BAYARAN KHAS BAJET 2022
Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021
I) PEKELILING PERKHIDMATAN
Surat Edaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021
II) PEGAWAI LAYAK TERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2021
- Pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service
- Pegawai yang bercuti bergaji penuh
- Pegawai yang bercuti separuh gaji
- Pegawai yang bercuti tanpa gaji
- Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Kewangan ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.
- Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2021 denagn syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut
- Guru interim
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971.
III) PEGAWAI YANG TIDAK LAYAK TERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2021
- Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/ tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/ Gred Khas
- Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021
- Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021
- Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021
Surat Pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia MALAYSIA
BAYARAN KHAS BAJET 2020
Manfaat / Insentif Buat Penjawat Awam Dalam Bajet 2020
Selain Bayaran Khas buat Kakitangan Awam dan Pesara Kerajaan, berikut adalah beberapa inisiatif (manfaat) buat pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan pada Bajet 2020 (Belanjawan Malaysia) :-
I) KENAIKAN/PENAMBAHAN ELAUN
- Kerajaan akan meningkatkan Kadar elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kumpulan pelaksana sebanyak RM50 sebulan dengan peruntukan tambahan berjumlah RM350 juta setahun.
- Elaun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) juga dinaikkan sebanyak RM2 sejam bermula 1 Januari 2020 dengan jumlah peruntukan tambahan sebanyak RM26 juta.
- Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia turut diberikan penambahan Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba berjumlah RM200 sebulan dengan peruntukan sebanyak RM35 juta untuk tahun 2020 yang akan diterima oleh 14,400 anggota bomba.
II) BAYARAN PENGHARGAAN
- Anggota tentera khususnya pemegang Pingat Jasa Malaysia akan menerima bayaran secara one-off berjumlah RM500 kepada hampir 70 ribu orang dengan peruntukan sebanyak RM35 juta sebagai penghargaan kepada pengorbanan dan keperwiraan mereka.
III) GANTIAN CUTI REHAT KEPADA TUNAI
- Kerajaan memberi kebenaran penebusan awal Gantian Cuti Rehat (CGR) sehingga 75 hari untuk ganjaran wang tunai. Tetapi ia hanyalah untuk penjawat awam yang telah berkhidmat paling kurang 15 tahun.
IV) PERLINDUNGAN KEMALANGAN DIRI BERKELOMPOK
- Kerajaan menawarkan Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok bernilai RM100,000 dengan percuma untuk tempoh dua tahun kepada peminjam baharu kemudahan pinjaman perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
V) WARIS PENJAWAT AWAM
- Waris penjawat awam yang meninggal dunia ketika dalam perkhidmatan akan diberikan faedah Ex-Gratia Kematian bernilai sehingga RM150,000.
- Penjawat awam yang telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan akan diawalkan Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) sebelum Tarikh Pergerakan Gaji (TPG).
VI) KUARTERS KERAJAAN
- Sesuai dengan falsafah 3R (Repair, Replace, Restore), Kerajaan akan memperuntukkan RM330 juta kepada Bahagian Pengurusan Hartanah di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi membaiki serta menyelenggara kuarters penjawat awam.
- Sebagai tambahan, dengan tujuan yang sama, Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) turut diperuntukkan sebanyak RM150 juta.
- Kuarters PDRM juga diberi peruntukan sebanyak RM250 juta bagi tujuan yang sama.
Jumlah Dan Tarikh Pembayaran Bayaran Khas Kakitangan Awam Dan Pesara Kerajaan 2020 (PREPR)
500
| 500
|
Bonus Raya Aidilfitri Buat Penjawat Awam Serta Pesara Kerajaan 2021
- Buat makluman semua, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah mengumumkan bahawa pihaknya sudah berbincang dengan Ketua Setiausaha Negara berkenaan bonus raya untuk kakitangan kerajaan bagi tahun 2019.
- Selain itu, surat telah diutus oleh pihak CUEPACS kepada Perdana Menteri serta Menteri Kewangan yang mengandungi permohonan supaya penjawat awam serta pesara kerajaan dapat menerima bonus raya.
- Permohonan tersebut mencadangkan bahawa pihak kerajaan dapat menghulurkan bantuan khas sebanyak RM1,000 bagi penjawat awam manakala RM500 buat pesara dengan anggaran peruntukan sejumlah RM1 bilion.
- Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri 2021 akan dilaksanakan pada 6 Mei 2021, butiran bantuan khas Aidilfitri 2020 termasuk jumlah agihan dan tarikh pembayaran adalah seperti berikut:
Pekeliling Perkhidmatan
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2021
Jumlah Dan Tarikh Pembayaran Bayaran Khas Kakitangan Awam Dan Pesara Kerajaan Bonus Raya 2024
500
| 250
|
Bonus Raya Aidilfitri Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan Negeri 2024
Bagi beberapa buah negeri, bantuan khas aidilfitri untuk kakitangan kerajaan negeri masing-masing telah pun diumumkan. Senarai butiran bonus raya yang merangkumi jumlah bantuan serta tarikh pembayaran bagi setiap kerajaan negeri adalah seperti berikut:
NO | NEGERI | JUMLAH BANTUAN | TARIKH PEMBAYARAN |
1 | Johor | Setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 | April 2024 |
2 | Melaka | – | – |
3 | Negeri Sembilan | RM500 | 5 April 2024 |
4 | Selangor | Sebulan gaji atau minumum RM1,000 | 8 April 2024 |
5 | Pahang | RM1,000 | Sebelum Hari Raya Aidilfitri |
6 | Perak | RM1,000 | Sebelum Hari Raya Aidilfitri |
7 | Kedah | RM500 | 8 April 2024 |
8 | Perlis | RM500 | Sebelum Hari Raya Aidilfitri |
9 | Kelantan | RM500 | 8 April 2024 |
10 | Terengganu | – | – |
11 | Pulau Pinang | Setengah bulan gaji atau minimum RM1,200 | 15 Mac 2024 |
12 | Sabah | – | – |
13 | Sarawak | – | – |