Rakyat Malaysia yang merancang ke luar negara disarankan untuk membuat semakan di Jabatan Imigresen Malaysia (JMI). Ini bagi mengelakkan nama disenarai hitamkan atas pelbagai sebab dan perjalanan anda ke luar negara terbantut. Pihak JMI ada menyediakan platform atas talian (online) untuk rakyat Malaysia membuat semakan.
Antara sebab nama disenarai hitamkan adalah disebabkan kes anda terhadap agensi-agensi kerajaan seperti bank negara, PTPTN, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), PDRM, SPRM, perintah mahkamah atau anda telah diisytiharkan muflis. Kes seperti ini tidak seharusnya dipandang enteng kerana ia boleh merumitkan urusan anda.
Dalam era serba maju kini, di mana segalanya boleh dilakukan dihujung jari pihak JMI telah menyediakan satu laman semakan senarai hitam secara atas talian. Kemudahan ini boleh dicapai oleh semua rakyat Malaysia.
Pihak PTPTN juga ada menyediakan kemudahan yang sama bagi memudahkan peminjam membuat semakan senarai hitam nama mereka.
Cara Semak Status Senarai Hitam Imigresen & PTPTN (Blacklist)
Jadual di bawah adalah langkah-langkah untuk membuat semakan senarai hitam Jabatan Imegresen dan PTPTN secara atas talian:
Langkah-Langkah Semakan Senarai Hitam Imigresen
Langkah-langkah semakan online imigresen
Semakan Online Imigresen
- Masukkan no kad pengenalan
- Tekan butang semak
- Paparan “tiada halangan” akan dipaparkan jika nama anda tidak disenarai hitamkan
- Kemasukan ke sabah dan sarawak adalah tertakluk pada kuasa kerajaan negeri tersebut
Langkah-Langkah Semakan Online PTPTN
Langkah-langkah semakan online ptptn
Semakan Online PTPTN
- Masukkan no kad pengenalan, no telefon dan e-mail
- Tekan butang hantar
- Pastikan maklumat yang dihantar adalah yang terkini bagi memudahkan urusan
Sebab-Sebab Nama Disenarai Hitam
Antara sebab nama anda disenarai hitam adalah:
- Majikan yang gagal membuat bayaran levi untuk pekerja asing
- Peniaga enggan membayar cukai GST
- Tidak membayar cukai pendapatan
- Perintah mahkamah
- Diisytihar muflis
- Tidak membayar pinjaman PTPTN
- Tinggal atau menetap melebehi tempoh di luar negara
- Majikan yang tidak membayar caruman KWSP pekerja
Senarai Agensi Kerajaan Yang Menyenarai Hitamkan Nama
Antara agensi kerajaan yang menyenarai hitamkan nama rakyat Malaysia untuk tindakan JIM:
- Bank negara Malaysia
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Perintah mahkamah
- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
- Jabatan Insolvensi Malaysia
- Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)