Senarai biasiswa dan pinjaman pendidikan lepasan SPM 2023/2024

Saat keputusan peperiksaan SPM diumumkan menandakan bermulanya halaman baru dalam kehidupan para pelajar. Masing-masing mempunyai halatuju dan perancangan sendiri dalam menempuhi masa hadapan yang penuh dengan cabaran. Ada segelintir yang mengambil keputusan untuk terus bekerja tetapi kebanyakan pelajar akan menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Terdapat banyak institusi pengajian tinggi yang menyediakan pelbagai jenis kursus pembelajaran bagi pelajar lepasan SPM. Namun begitu, pendidikan di peringkat kolej atau universiti memerlukan kos yang agak tinggi terutamanya jika para pelajar ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kos perbelanjaan termasuklah yuran tuisyen dan pengajian/ semester, yuran hostel atau duit sewa rumah, peralatan alat tulis, duit minyak kenderaan serta keperluan asas seperti makan, minum dan pakaian.

Oleh itu, demi membantu meringankan beban para pelajara lepasan SPM yang secara umumnya tiada punca pendapatan sendiri, terdapat banyak biasiswa (scholarships) dan pinjaman pendidikan yang disediakan dari pelbagai pihak selain Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Biasiswa-biasiswa ini bukan sahaja membekalkan tajaan untuk melanjutkan pengajian dalam negara malah banyak juga yang menaja pelajar untuk mendapatkan pendidikan di luar negara.

Biasiswa Dan Pinjaman Pendidikan Yang Boleh Dipohon Oleh Pelajar Lepasan SPM 2023/2024

Pasti ramai pelajar lepasan SPM 2023 terutamanya yang memperoleh keputusan cemerlang yang mencari biasiswa untuk membantu meringankan bebanan mereka dalam melanjutkan pengajian di peringkat tinggi kelak. Dengan itu, berikut dikongsikan maklumat berkaitan senarai biasiswa lepasan SPM 2023/2024 termasuk pautan untuk mendapatkan butiran lanjut buat rujukan semua:

Senarai Biasiswa/Pinjaman Pendidikan Lepasan SPM 2023/2024

Buat para pelajar yang berminat untuk mencari tajaan biasiswa, berikut merupakan senarai biasiswa bagi lepasan SPM tahun 2023/2024 beserta tarikh permohonan dibuka dan ditutup sebagai rujukan. Pautan boleh diklik untuk maklumat lanjut :-

BIASISWATARIKH PERMOHONANPAUTAN
Kijang Scholarship20 Mei 2024 – 9 Jun 2024Open
JPA – MARA
Program Penajaan Nasional JPA29 Mei – 9 Jun 2024Open
Biasiswa JKPJ JPA27 Mei – 9 Jun 2024Open
Petronas Education Sponsorship Programme (PESP)23 Mei 2024 – 2 Jun 2024Open
Pra-Universiti Yayasan Sime Darby (China)
Shell MalaysiaOpen
Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak
ISKL IB DiplomaOpen
Biasiswa Pra-Universiti AIMSTOpen
UWC MalaysiaOpen
IBDP ProgrammeOpen
Program Pelajar Cemerlang 9A+Open
Biasiswa UEM9 Jun 2024 (tarikh tutup)
Biasiswa IJMOpen
Biasiswa Khazanah20 Mei 2024 – 5 Jun 2024
Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar SelangorOpen
Top Glove
Biasiswa A-Level Kolej Tuanku Ja’afarOpen
Biasiswa Pendidikan Premium Yayasan Bank RakyatOpen
 The Star Education Fund10 Jun 2024 (tarikh tutup)Open
OCBC Scholarship30 Jun 2024 (tarikh tutup)
Program Peneraju Tunas PotensiOpen
British Council Great ScholarshipsOpen
Sri Kota Specialist Medical CentreOpen
Cagamas Scholarship Programme 
Sarawak Energy Scholarship1 Mei 2024 – 30 Mei 2024Open
KarangkrafJun 2024
Tawaran Biasiswa Untuk Program Asasi & Diploma Di AustraliaOpen
Bank Negara20 Mei 2024 – 27 Jun 2024
Program Biasiswa Averis USCIOpen
Yayasan Tenaga Nasional27 Mei 2024 – 6 Jun 2024Open
Pra-Universiti Yayasan Sime Darby (United Kingdom)1 Mac 2024 – 15 Mac 2024Open
Yayasan Telekom Malaysia
Bantuan Zakat IPTA/IPTS MAIDAMOpen
Jeffrey Cheah Foundation10 Jun 2024 (tarikh tutup)
UNITEN MeritOpen
UNITEN KSHAS
UNITEN Sports ExcellenceOpen
UNITEN BrightOpen
 DISTED CollegeOpen
Monash EquityOpen
 MyBrain17 Mei 2024 (tarikh tutup)Open
Daikin MalaysiaOpen
Saint Xavier’s Institution (SXI) Class of 85/87 Bursary
Open