Bersyukur kita kerana dapat bertemu dengan bulan Ramadhan sekali lagi. Antara nikmat yang sering kita terlepas pandang adalah dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk beribadah dan memohon ampun atas segala dosa yang kita lakukan selama ini. Selain itu Allah juga menjanjikan nikmat pada orang yang berpuasa iaitu pada waktu berbuka puasa.
Kewajipan untuk menjalankan ibadah puasa sudah jelas disebut dalam rukun Islam yang mana setiap muslim perlu mematuhinya. Menahan diri daripada lapar dan dahaga dari terbit fajar sehingga terbenam matahari bukanlah sesuatu yang menyeronokkan jika dilihat secara tersurat. Namun apa yang tersirat adalah pelbagai bentuk nikmat yang menanti setiap umat yang sabar dan taat menjalani ibadah ini.
Barangkali semua sudah sedia maklum bahawa bulan puasa tahun ini bermula pada 12 Mac 2024 bersamaan 1 Ramadhan 1445 Hijrah iaitu hari Selasa. Bagi mereka yang tidak berkesempatan menyediakan makanan sendiri pasti memilih untuk berbuka puasa di luar atau membeli makanan di bazar ramadan berdekatan. Sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia untuk berkunjung ke bazar Ramadhan dan membeli pelbagai jenis juadah sebagai persediaan untuk berbuka.
Terdapat banyak bazar ramadan yang dibuka bagi setiap negeri termasuklah di negeri Sarawak. Berikutan itu, beraneka jenis juadah yang boleh dinikmati ketika waktu berbuka bagi semua rakyat Malaysia terutamanya yang berpuasa. Sekiranya anda mengidamkan apa-apa jenis makanan usahlah berlengah dan kunjungi bazar Ramadhan berdekatan.
Senarai Dan Lokasi Bazar Ramadhan Sarawak 2024 (Lokasi Beli Juadah Berbuka Puasa)
Sebelum berbelanja di bazar Ramadhan, adalah dinasihatkan untuk anda merancang perjalanan terlebih dahulu kerana waktu petang sebelum berbuka adalah antara waktu yang paling sibuk. Berikut dikongsikan Senarai Bazar Ramadhan di serata Negeri Sarawak beserta lokasi-lokasi bazar tumpuan bagi tahun 2024:
Senarai Bazar Ramadhan Sarawak 2024
- Demak Laut (CCK Demak Laut)
- Mydin Petra Jaya
- Perpaduan Plaza Merdeka
- Meditel Hospital Umum Sarawak
- Satok (CCK Satok)
- KPG Muda Hasyim Satok
- Stutong (Stutong Wet Market)
- Medan Niaga Satok
- SUKMA (eMart Express SUKMA)
- Semarak, Gita
- eMart Matang
- Uptown Belia Metrocity
- Matang Mall
- Masjid Al-Abyad, Matang Jaya
- Matang Jaya (Depan KFC Matang)
- Uni Central, Kota Samarahan
- eMart Batu Kawah
- Bandar Baru Semariang
- Mydin Bandar Baru Semariang
- Batu 7 (H&L Supermarket 7th Mile)
- Prince Commercial Centre, Kota Sentosa
- Batu 8 (Kem Tentera)
- Farley Kota Samarahan
- Summer Mall, Kota Samarahan
- Desa Ilmu, Kota Samarahan
- Taman Malihah (H&L Supermarket Malihah)
- JPJ Batu 12, Kuching
- Taman Sri Permai, Landeh
Sumber : Wow Sarawak
Senarai Bazar Ramadhan Sarawak 2020
Simbol * digunakan bagi bazar yang menjadi tumpuan ramai.
Bazar Ramadhan Sarawak | |
NO | LOKASI |
1 | Bazar Bandar Baru Semariang* |
2 | Bazar Sukma Ria* |
3 | Tapak Pasar Tani Demak Laut |
4 | Bazar Plaza Astana |
5 | Bazar Semarak* |
6 | Medan Niaga Satok* |
7 | Matang Mall |
8 | Bazar Stutong* |
9 | Menara SEDC (Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak) |
10 | Isthmus Jalan Bako |
11 | Persatuan Penjaja Petra Jaya, Metro City |
12 | Tempat Letak Kereta MYDIN Petra Jaya |
7 | Bazar Kota Sentosa |
8 | KK Mart |
9 | E-Mart Matang |
10 | E-Mart Batu Kawa |
11 | Taman Allamanda |
12 | Kota Padawan |