Allah telah mengurniakan kita nikmat dengan cara mempertemukan kita dengan bulan Ramadhan sekali lagi. Ia merupakan antara nikmat yang sering kita terlepas pandang dan bukan semua muslim dapat memperolehinya. Dengan itu, hendaklah kita bersyukur dan sentiasa mematuhi segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya agar dapat menjadi seorang umat Islam yang bertaqwa.
Pada hari Selasa, 12 Mac 2024, kita akan meraikan hari pertama bulan puasa iaitu 1 Ramadhan 1445 Hijrah. Menjelang bulan ini, pasti umat Islam sudah membuat pelbagai jenis perancangan seperti apa yang hendak dimakan pada waktu sahur, di mana hendak mendirikan solat sunat terawih, dan semestinya juadah apa yang hendak dinikmati ketika waktu berbuka puasa.
Antara keseronokan berbuka adalah menentukan bagaimana anda hendak meluangkan waktu berbuka tersebut. Adakah dengan semudah berbuka di rumah? Atau mungkin berbuka secara berjemaah di surau atau masjid? Atau boleh juga berbuka di luar seperti di kedai makan atau restoran tertentu. Bagi mereka yang tidak berkesempatan menyediakan makanan sendiri pasti memilih untuk berbuka puasa di luar atau membeli makanan di bazar Ramadan.
Mengunjungi bazar Ramadan adalah salah satu aktiviti yang paling kerap dilakukan oleh umat Islam di Malaysia untuk membeli makanan untuk berbuka. Ia tidak asing lagi bagi setiap negeri termasuklah di negeri Pahang. Selain para pengunjung dapat menikmati juadah yang mereka inginkan, para peniaga bazar juga dapat mengaut keuntungan atas jual-beli yang mereka lakukan.
Senarai Lokasi Bazar Ramadhan Pahang 2024 (Lokasi Beli Juadah Berbuka Puasa)
Justeru itu, berbelanja di bazar Ramadhan perlu dimulakan dengan perancangan yang rapi. Bukan mudah untuk menentukan apa yang hendak dijamah saat azan maghrib berkumandang nanti, tetapi ia akan menjadi mudah sekiranya perjalanan diatur dengan baik. Berikut GCarian kongsikan Senarai Bazar Ramadhan di serata Negeri Pahang beserta lokasi-lokasi bazar tumpuan bagi tahun 2024 bagi kemudahan anda:
Senarai Bazar Ramadhan Pahang 2024
Simbol* digunakan bagi bazar yang menjadi tumpuan ramai. Senarai di bawah adalah senarai pada tahun-tahun sebelum ini. senarai terkini akan dikemaskini.
Bazar Ramadhan Kuantan
Berdasarkan Majlis Perbandaran Kuantan, berikut adalah senarai bazar ramadan yang ditawarkan:
- Tapak Mahkota Square
- Tapak Parkir Kantin Rahimah (Stadium)
- Tapak Taman TAS
- Tapak Jaya Gading
- Pantai Selamat Indera Mahkota
- Kota SAS
- TMG Tanjung Lumpur
- TMG Beserah
- Taman Impian
- Indera Sempurna 2
- Hentian Gambang
- Tunas Manja Sungai Isap
- Balok Permai
- Tanjung Api
- Serambi Teruntum
- Tapak Pasar Tani Sungai Soi
- Taman Desa Samudera, IM8
- Pasdec Makmur, IM2
- KM 43, Jalan Kuantan- Kemaman
- Dataran Masjid Negeri Sultan Ahmad 1
Dibawah adalah senarai bazar ramadan pada tahun-tahun sebelum ini :
NO | LOKASI |
1 | Mahkota Square* |
2 | Taman PSJ Sg. Karang |
3 | Pantai Selamat Indera Mahkota |
4 | Bukit Rangin Perdana 2 |
5 | Depan Pasaraya Alfa Indah Beserah |
6 | Nirwana Batu 3 |
7 | Hentian Gambang |
8 | Indera Sempurna |
9 | Hadapan Sekolah Vokasional Jln Kg. Padang |
10 | Kawasan Balok Makmur |
11 | UTC Pahang* |
12 | Berjaya Permai |
13 | Taman Tas |
14 | Peramu |
15 | Kempadang |
16 | Tanjung Api (Depan Gerai Persatuan Nelayan) |
17 | Taman Impianku |
18 | Kempadang Sejahtera |
19 | PASDEC Makmur |
20 | Parkir Stadium Darul Makmur* |
21 | Tapak Pasar Lambak Mahkota Aman |
22 | Gambang Damai |
23 | Jaya Gading |
24 | Pandan Damai |
25 | Beserah |
26 | Hadapan Tunas Manja Sg Isap |
27 | Kompleks Dagangan Indera Mahkota |
28 | Balok |
29 | Indera Mahkota 14 |
30 | Perkampungan Sg Isap 2 |
31 | Tapak Pasar Lambak Inderapura |
32 | Parkir Masjid Negeri Masjid Negeri Ahmad 1 |
33 | Hadapan Rest Rahmat Indera Mahkota 8 |