Tibanya 12 Mac 2024 menandakan ketibaan hari pertama Ramadhan bagi tahun 1445 Hijrah. Ia merupakan pembukaan untuk bulan yang mulia yang mana sekali lagi kita diberikan kesempatan untuk bertemu dengannya. Peluang yang diberikan ini haruslah kita gunakan sebaiknya untuk memperbanyakkan amalan dan meningkatkan ketaqwaan kerana bukan dalam kekuasaan kita untuk menentukan kiranya Ramadhan ini merupakan Ramadhan terakhir buat kita atau sebaliknya.
Selain mendapat pahala berganda melalui ibadah seperti solat Tarawih dan bertadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan, nikmat lain yang Allah kurniakan adalah nikmat berbuka puasa. Ia merupakan nikmat yang memberi kepuasan setelah seharian menahan lapar dan dahaga. Saat waktu buka puasa tiba menandakan bahawa kita bebas daripada segala perkara yang membatalkan puasa termasuklah makan dan minum.
Sepanjang bulan Ramadhan di Malaysia, terdapat pelbagai cara untuk meraikan ketibaan waktu berbuka. Antaranya adalah dengan membeli juadah berbuka di bazar-bazar Ramadhan. Berkunjung ke Bazar Ramadhan merupakan antara aktiviti yang paling sering dilakukan terutamanya bagi golongan yang tidak berkesempatan atau memilih untuk tidak memasak di rumah sebagai persediaan untuk berbuka puasa.
Bukan itu sahaja, kewujudan bazar-bazar Ramadhan juga membuka peluang untuk warganegara Malaysia mendapatkan juadah yang terdiri daripada pelbagai jenis pilihan. Dan sebahagian juadah itu hanya dapat diperoleh sewaktu bulan Ramadhan yang membuatkannya lebih istimewa. Oleh yang demikian, sejumlah besar tapak bazar Ramadhan telah didirikan di serata negeri bagi memudahkan masyarakat setempat untuk berkunjung termasuklah di Negeri Sembilan.
Senarai Lokasi Bazar Ramadhan Negeri Sembilan 2024 (Lokasi Beli Juadah Berbuka Puasa)
Buat para pengunjung yang berminat untuk singgah di bazar Ramadhan, adalah dinasihatkan untuk anda merancang perjalanan terlebih dahulu bagi mengelakkan berlakunya pembaziran. Berikut merupakan senarai bazar Ramadhan di sekitar Negeri Sembilan beserta lokasi-lokasi bazar tumpuan bagi tahun 2024:
Senarai Bazar Ramadhan Negeri Sembilan
Simbol * digunakan bagi bazar yang menjadi tumpuan ramai
Bazar Ramadhan Negeri Sembilan | |
NO | LOKASI |
1 | Stadium Paroi* |
2 | Bandar Prima Senawang 2 (Mydin) |
3 | Taman Sri Pagi |
4 | Jalan Bandar Senawang 1 |
5 | Jalan Bandar Senawang 16 |
6 | Jalan Melor 8, Bandar Prima Senawang 1 |
7 | Taman Desa Rhu |
8 | Taman Desa Dahlia |
9 | Taman Senawang Jaya |
10 | Taman Matahari Height |
11 | Tapak Penjaja Taman Widuri Indah |
12 | Taman Sri Pulai 3 |
13 | Pasar Malam Persiaran Seremban 2 |
14 | One Avenue, S2 |
15 | Taman Ampangan |
16 | Pasar Rasah Jaya |
17 | Klinik Kesihatan Seremban |
18 | Jalan BBN 1/2, Putra Point Nilai |
19 | Pasar Malam Cempakapuri, Nilai |
20 | Pasar Borong Nilai 3, Nilai |
21 | Persiaran Metro Sendayan, Bandar Sri Sendayan |
22 | Taman Semarak |
23 | Jalan BBN 1/7, Putra Point Nilai |
24 | Medan Nusari, Bandar Sri Sendayan |
25 | Jalan Mahawangsa, Bandar Enstek Nilai |
26 | Taman Gadong Jaya, Labu |
27 | Bandar Seremban Selatan |
28 | Pasar Awam Taman Seremban Jaya |
29 | Taman Pinggiran Senawang |
30 | Taman Tuanku Jaafar |
31 | Taman Ampuan Najihah |
32 | Taman Dusun Nyior |
33 | Taman Senawang Perdana |
34 | Taman Nilai Perdana |
35 | Tiara Biz Sendayan |
36 | Depan Pasaraya Lotus, Nilai |
37 | Taman Sri Pandan 2, Sikamat |
38 | Bandar Tasik Senangin |
39 | Pasar Malam Mantin |
40 | Pusat Perniagaan Anika, Bandar Ainsdale |
41 | Medan Perniagaan Senawang Jaya |