Menjelang akhir tahun, tumpuan umum kini terarah kepada perincian bajet bagi tahun 2025. Bajet tahunan ialah perancangan perbelanjaan kerajaan dalam satu tahun fiskal bagi tujuan projek dan program pembangunan negara menggunakan hasil pendapatan negara seperti cukai dan duti. Bajet 2025 akan dibentangkan di Dewan Parlimen pada tarikh yang akan dikemaskini dan akan disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan juga saluran berbayar terpilih.
Pembentangan bajet pada tahun ini merupakan pembentangan yang agak bersejarah kerana ia merupakan pembentangan kerajaan gabungan baharu yang dikenali sebagai perikatan nasional. Pilihan Raya Umum ke-14 telah menyaksikan rakyat memilih menukar kerajaan lama dengan kerajaan baru bagi menguruskan negara dalam tempoh 5 tahun akan datang. Namun berlaku krisis politik sekitar Februari 2020 yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan jatuh dan Perikatan Nasional telah mengambil alih
Jika dilihat pada belanjawan terdahulu, berlaku pengurangan peruntukan dan Bantuan Sara Hidup (BSH) juga telah dipotong secara berperingkat. Berdasarkan Menteri Kewangan, ini disebabkan oleh negara mengalami masalah kewangan akibat beban hutang yang banyak justeru menjadikannya cabaran besar bagi pembentangan bajet tersebut kerana terpaksa mengurangkan peruntukan di samping perlu menjaga kebajikan rakyat.
Diharapkan kerajaan yang baharu ini dapat menguruskan kewangan negara dengan telus dan tanpa unsur rasuah. Besar harapan rakyat terhadap kerajaan Perikatan Nasional agar dapat membawa aspirasi negara dan mensejahterakan rakyat tanpa mengira kaum dan bangsa. Sama-sama kita nantikan pembentangan yang akan dibuat pada sekitar Oktober atau November akan datang.
Ringkasan Intipati Bajet 2025
Maklumat bagi bajet 2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Bagi memudahkan rakyat Malaysia untuk mendapatkan informasi yang tepat dan padat mengenai Bajet 2023, berikut merupakan ringkasan pembentangan yang akan disiarkan secara langsung melalui RTM pada jam 4:00 petang bertempat di Dewan Parlimen:
Tema Dan Peruntukan Bajet Untuk Tahun 2025
Jumlah Peruntukan : RM421 bilion
Perbelanjaan Operasi : RM335 bilion
Perbelanjaan Pembangunan : RM86 bilion
Simpanan Luar Jangka : RM2 bilion
Tema : Membugar ekonomi, menjana perubahan, mensejahterakan rakyat
Fokus Utama Belanjawan 2025
- Menaikkan Siling ekonomi
- Menaikkan Lantai taraf hidup rakyat
- Tatakelola baik dan reformasi sektor awam
Isu Utama Bajet 2025
Berikut merupakan isu utama bajet 2025 Malaysia:
- Penyasaran subsidi minyak RON95 akan dilaksanakan pada pertengahan tahun 2025
- Cukai jualan akan dikenakan kepada barang premium import serta SST akan menjadi lebih progresif
- Cukai dividen pada kadar 2% ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000 yang diterima oleh pemegang saham individu bermula tahun taksiran 2025
- Pelepasan cukai pendapatan individu ke atas bayaran premium insuran pendidikan dan insurans perubatan dinaikkan kepada RM4,000
- Pelepasan cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan perubatan sehingga RM10,000 meliputi bahagian pembayaran perubatan di bawah produk insurans dan takaful perubatan serta kesihatan dengan diri-dri pembayaran bersama
- Tempoh pelanjutan cukai pendapatan ke atas pendapatan yang terbit daripada sumber luar negara dan telah tertakluk kepada cukai pendapatan di negara sumber serta diterima oleh individu di Malaysia sehingga 31 Disember 2036
- Kerajaan akan menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari 2025 sebanyak 40 sen seliter
- Had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan dan pemulihan anak autisme ditingkatkan kepada RM6,000
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dipertingkatkan seperti penerima bujang menerima RM600 dan kadar maksimum yang diterima isi rumah sebanyak RM4,600
- Bayaran STR 2024 fasa 4 bermula 7 November 2024
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diperluas kepada lebih 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah dan menerima sebanyak RM100 sebulan untuk membeli barangan asas. Bayaran akan dikreditkan ke dalam MyKAD bermula April 2025
- Kenaikan kadar bantuan kebajikan bulanan JKM. Warga emas dinaikkan kepada RM600, Kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah menerima RM250 seorang, anak linkungan usia 7 hingga 18 tahun menerima RM200 dan tertakluk kepada pada kadar maksimum RM1,000 sekeluarga.
- Bantuan Khas RM500 kepada guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut
- Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Pesara akan menerima RM250 bermula pada bulan Februari 2025
- Bayaran Penghargaan Khas kepada pesara dan penerima pencen terbitan dilanjutkan sehingga Disember 2025. Kadar Bantuan Sara Hidup berdasarkan (PGK)untuk veteran Atm tidak berpencen dinaikkan kepada RM500 sebulan
Info Lanjut
Teks Ucapan Penuh Pembentangan Bajet 2025
Tema Dan Peruntukan Bajet Untuk Tahun 2023
Jumlah Peruntukan : RM388.1 bilion
Perbelanjaan Operasi : RM289.1 bilion
Perbelanjaan Pembangunan : RM97 bilion
Simpanan Luar Jangka : RM2 bilion
Tema : Membangun Malaysia Madani
Fokus Utama Belanjawan 2023
- Pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan
- Reformasi institusi dan tatakelola bagi memulihkan keyakinan
- Keadilan sosial untuk menyederhanakan kesenjangan
Isu Utama Bajet 2023
Berikut merupakan isu utama bajet 2023 Malaysia:
- Harga tarif elektrik dikekalkan mengikut kadar semasa untuk pengguna domestik dan PKS
- Pengakuan secara sukarela cukai LHDN bermula 1 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024 akan diberikan pengampunan penalti sebanyak 100%
- Pelepasan Muflis Kecil kepada individu yang diisytihar muflis bagi hutan baawah RM50,000 akan diberikan peluang kedua bermula 1 Mac 2023
- Pengurangan cukai pendapatan individu sebanyak 2% kepada pendapatan bercukai RM35,001 sehingga RM100,000
- Pengenalan duti eksesais kepada produk cecair/ gel mengandungi nikotin bagi produk vape
- Peminjam PTPTN akan diberikan diskaun sebanyak 20% selama 3 bulan bermula 1 Mac 2023. Penangguhan bayaran balik akan diberikan kepada peminjam berpendapatan di bawah RM1,800 untuk tempoh 6 bulan mulai 1 Mac 2023
- Tambang percuma bagi perkhidmatan tren bagi golongan OKU serta pelajar tahun 1 hingga Tingkatan 6
- Insentif Pas Bulanan Tanpa Had My50 diteruskan
- Bayaran ujian lesen memandu percuma bagi motosikal kelas B2, lesen teksi, bas dan e-hailing
- i-MADANI KWSP. Kerajaan akan menambah caruman simpanan KWSP Akaun 1 kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP Akaun 1 kurang dariapda RM10,000 sebanyak RM500
- Had pelaburan individu ASB dan ASB2 ditingkatkan daripada RM200,000 kepada RM300,000
- Bayaran khas RM500 secara one-off kepada guru KAFA, takmir, imam, bilal, siak, noja dan marbut
- Kenaikan Elaun guru KAFA daripada RM1,000 kepada RM1,100
- Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada semua kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM700 termasuk lantikan kontrak. Pesara kerajaan akan menerima bantuan sebanyak RM350
- Bantuan Musim Tengkujuh diberikan kepada pekebun kecil sebanyak RM200 sebulan selama 4 bulan (November, Disember, Januari dan Februari)
- Bantuan kepada pesawah padi sebanyak RM200 sebulan selama 3 bulan
- Kredit e-tunai belia Rahmah sebanyak RM200 akan diberikan kepada belia berumur 18 hingga 20 tahun yang berkelayakan
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR):
- Kategori ditambah untuk bilangan anak melebihi 5 orang
- Bantuan tambahan bernilai RM600 dalam bentuk bakul makanan atau baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.
- Kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum RM3,100
Info Lanjut
Teks Ucapan Penuh Pembentangan Bajet 2023
Tema Dan Peruntukan Bajet Untuk Tahun 2019-2021
2021
JUMLAH PERUNTUKAN | TEMA | ||
![]() | ||
Teguh Kita, Menang Bersama | ||
Peruntukan Terperinci
Perbelanjaan Mengurus | Perbelanjaan Pembangunan | Simpanan Luar Jangka |
![]() | ![]() | ![]() |
Fokus Utama Belanjawan 2021
- Kesejahteraan Rakyat
- Kelangsungan Perniagaan
- Ketahanan Ekonomi
Isu Utama Bajet 2021
Berikut merupakan isu utama bajet 2021 Malaysia:
- Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021
- Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,200 (pasangan yang tiada anak sehingga 1 orang anak)/ RM1,800 (2 orang anak atau lebih)
- Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,501- RM4,000 akan menerima bantuan berjumlah RM800 (pasangan yang tiada anak sehingga 1 orang anak)/ RM1,200 (2 orang anak atau lebih)
- Isi rumah berpendapatan bulanan RM4,001-RM5,000 akan menerima bantuan berjumlah RM500 (pasangan yang tiada anak sehingga 1 orang anak)/RM750 (2 orang anak atau lebih)
- Individu bujang berpendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM350
- Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,200 (pasangan yang tiada anak sehingga 1 orang anak)/ RM1,800 (2 orang anak atau lebih)
- Pengeluaran RM6,000 Wang KWSP Akaun 1P
- encarum KWSP yang layak dibenarkan mengekuarkan wang KWSP akau 1 RM500 setiap bulan selama 12 bulan bagi membantu ahli-ahli yang kehilangan pekerja.
- encarum KWSP yang layak dibenarkan mengekuarkan wang KWSP akau 1 RM500 setiap bulan selama 12 bulan bagi membantu ahli-ahli yang kehilangan pekerja.
- Moratorium
- Bagi peminjam B40 boleh membuat pilihan sama ada menangguhkan ansuran bulana selama 3 bulan atau mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.
- Bagi peminjam M40 peminjam dikehendaki membuat pengisytiharan kendiri (self declaration) bagi pengurangan pendapatan untuk mendapat bantuan bayaran balik ansuran
- Bonus Penjawat Awam Dan Pesara Awam/ Veteran Tidak Berpencen
- Bonus sebanyak RM600 akan diberikan kepada kakitangan awam gred 56 dan ke bawah
- Bonus sebanyak RM300 akan diberikan kepada pesaara dan veteran awam
- Bonus sebanyak RM600 akan diberikan kepada kakitangan awam gred 56 dan ke bawah
- Program e-Belia
- Bantuan sebanyak RM50 akan diberikan melalui e-Wallet kepada belia berumur 18-20 tahun
- Bantuan sebanyak RM50 akan diberikan melalui e-Wallet kepada belia berumur 18-20 tahun
- Elaun Sara Hidup Nelayan
- Elaun dinaikkan kepada RM300 bermula tahun 2021
- Elaun dinaikkan kepada RM300 bermula tahun 2021
- Bantuan Pesara Polis
- Bantuan sebanyak RM50o secara one-off
- Bantuan sebanyak RM50o secara one-off
- Elaun Khas COVID-19
- Kakitangan KKM akan diberikan bayaran secara one-off sebanyak RM500
- Kakitangan KKM akan diberikan bayaran secara one-off sebanyak RM500
2020
JUMLAH PERUNTUKAN | TEMA | ||
![]() | ||
Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama |
2019
JUMLAH PERUNTUKAN | TEMA | ||
![]() | ||
Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera |
Fokus Utama Belanjawan 2019
- Melaksanakan Reformasi Institusi
- Memastikan Kesejahteraan Rakyat
- Memupuk Budaya Negara Keusahawanan
Strategi Belanjawan 2019
Bagi mencapai fokus utama belanjawan 2019, 12 strategi telah disusun untuk mengembalikan kedudukan ekonomi Malaysia sebagai Harimau Asia iaitu:
- Memperkukuh pengurusan fiskal
- Menstruktur semula dan merasionalisasi hutang kerajaan
- Meningkat hasil kerajaan
- Menjamin kebajikan dan kualiti hidup
- Meningkat peluang pekerjaan dan kebolehpasaran
- Meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan dan perlindungan kebajikan sosial
- Meningkatkan pendapatan boleh guna pendidikan bagi masa hadapan yang lebih baik
- Pendidikan bagi masa hadapan yang lebih baik
- Mencetuskan kuasa ekonomi baharu
- Merebut peluang dalam menghadapi cabaran global
- Mendefinisi semula peranan kerajaan dalam perniagaan
- Memastikan pertumbuhan ekonomi yang saksama dan mampan
Isu Utama Bajet 2019
Berikut merupakan isu utama bajet 2019 Malaysia:
- Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) 2019
- Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000
- Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM750
- Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan berjumlah RM500.
- Kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada 4 orang, kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka
- Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000
- Bayaran Khas Kakitangan Kerajaan
- Bayaran khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 54 dan ke bawah
- Bagi pesara kerajaan, akan menerima bayaran khas sebanyak RM250 seorang.
- Bayaran khas ini akan disalurkan kepada semua penerima sebelum hujung tahun 2018
- Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
- Pemotongan pinjaman kepada pelajar yang terdiri daripada kategori isi rumah B40 yang mendapat keputusan kelas pertama.
- Penghapusan baki hutang kepada peminjam yang berusia 60 tahun dan ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan.
- Pembayaran balik melalui kaedah potongan gaji berjadual antara 2% hingga 15% daripada pendapatan bulanan peminjam (bergantung pada tahap pendapatan peminjam) dan hanya dilaksanakan terhadap peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan
- Pembayaran balik melalui kaedah potongan gaji berjadual antara 2% hingga 15% daripada pendapatan bulanan peminjam (bergantung pada tahap pendapatan peminjam) dan hanya dilaksanakan terhadap peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan
- Perkhidmatan Atas Talian ImportP
- Penyedia perkhidmatan atas talian yang diimport hendaklah berdaftar dengan kastam dan dikenakan cukai perkhidmatan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020
- Contoh perkhidmatan yang dimaksudkan adalah termasuk perisian, muzik, video atau sebarang pengiklanan digital seperti Netflix, Spotify dan sebagainya
- Bantuan Pembiayaan Pembelian Rumah Mampu Milik (Rumah Pertama)
- Peruntukan dana RM1 bilion untuk pembelian rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan RM2,3000 sebulan dan belum pernah memiliki rumah pertama
- Kadar pembiayaan terkurang serendah 3.5% diberikan untuk mengurangkan jumlah bayaran ansuran bulanan dan memudahkan peminjam mendapat pembiayaan
- Levi Pelepasan Udara (Ke Luar Negara)
- Mulai 1 Jun 2019, pengenaan levi pelepasan untuk semua penumpang ke luar negara menggunakan laluan udara akan berkuatkuasa
- Kadar caj dikenakan adalah RM20 bagi penumpang ke negara Asean dan RM40 bagi penumpang ke negara lain.
Ringkasan Intipati Bajet 2019 Mengikut Sektor
Berikut dikongsikan ringkasan intipati Bajet 2019 mengikut sektor:
I) Sektor Pengangkutan 2019
- Projek pengangkutan awam MRT2 akan tetap dijalankan dengan mengurangkan kos keseluruhan sebanyak 22.4% iaitu RM8.8 bilion daripada jumlah asal RM39.3 bilion kepada RM30.5 bilion
- Projek pengangkutan awam LRT3 juga akan diteruskan dengan penurunan kos keseluruhan daripada RM31.6 bilion kepada RM16.6 bilion sahaja menunjukkan pengurangan sebanyak 47%
- Projek Landasan Berkembar Lembah Klang 2 akan dibuka untuk ditender semula dan dianggarkan bakal memberikan penjimatan kos yang besar
II) Pengangkutan Awam
- Bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, pas bulanan RM100 (rel dan bas RapidKL) dan RM50 (bas RapidKL sahaja) tanpa had perjalanan bermula 1 Januari 2019 akan diperkenalkan dengan peruntukan sebanyak RM240 juta
- Pertambahan perkhidmatan bas GoKL secara percuma selain daripada 4 laluan yang telah sedia ada akan dijalankan dengan peruntukan RM20 juta
III) Pemansuhan Tol
- Pembekuan kenaikan bayaran tol di semua lebuhraya dalam bandar pada tahun 2019
- Pemansuhan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang, serta Lebuhraya Laluan kedua di Johor mulai 1 Januari 2019
IV) Subsidi Minyak
- Pemberian subsidi minyak secara bersasar kepada pemilik kereta persendirian dengan kuasa enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkuasa enjin 125cc dan ke bawah
- Subsidi yang diberikan adalah petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal bermula suku kedua 2019.
- Harga RON95 akan diapungkan semula berdasarkan Automatic Price Mechanism (APM)
Sektor Kesihatan 2019
Insurans dan Takaful Pekerja
Pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) sepenuhnya mulai 1 Januari 2019
Pengenalan Dana Pelindungan Kesihatan Nasional B40 bermula 1 Januari 2019 yang memberikan perlindungan percuma ke atas 4 penyakit kritikal utama sehingga RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital dengan kadar RM50 sehari bersamaan RM700 setahun
Perkhidmatan Kesihatan
Peruntukan hampir RM29 bilion diberikan menunjukkan peningkatan sebanyak 7.8% berbanding tahun lepas
RM10.8 bilion bagi kos membaik pulih hospital dan klinik serta pembelian ubat-ubatan dan kelengkapan
Pengenalan Skim Perlindungan Kesihatan (PEKA) dengan projek perintis pelaksanaan saringan kesihatan untuk golongan B40 berumur 50 tahun ke atas melibatkan 800,000 orang.
Peruntukan RM50 juta bagi rawatan penyakit jarang jumpa (rare disease), rawatan virus Hepatitis C, program menangani masalah pertumbuhan bantut di kalangan kanak-kanak, saringan dan peluasan rawatan haemodialisis serta Enhanced Primary Healthcare (EnPHC).
Pengenalan duti eksais mulai 1 April 2019 kadar 40 sen per liter ke atas minuman bergula dalam dua kategori yang ditentukan
Sasaran ke arah Malaysia Bebas Asap Rokok pada tahun 2045, kementerian memperluas kawasan larangan merokok meliputi semua restoran atau kedai makanan yang akan diwartakan mulai 1 Januari 2019
Sektor Pelancongan 2019
Geran sepadan sebanyak RM100 juta akan disediakan kepada syarikat swasta untuk mengadakan program promosi dan pemasaran pelancongan antarabangsa bagi meningkatkan kemasukan pelancong asing
Pengecualian Cukai / Bebas Cukai
Kemudahan bebas cukai diberikan kepada kedai bebas cukai di Pelabuhan Swettenham, Pulau Pinang bagi menggalakkan penyinggahan kapal persiaran.
Pulau Pangkor bakal dijadikan pulau bebas cukai di samping memperkembangkan lagi taraf Pulau langkawi sebagai pulau bebas cukai.
Pelancongan Kesihatan
Peruntukan RM20 juta kepada Malaysia Healthcare Tourism Council (MHTC) diberikan bagi menjalin usahasama dengan hospital swasta terkemuka untuk menjenamakan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan terkenal
Sektor Keselamatan 2019
Peruntukan sebanyak RM5.9 bilion diberikan kepada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri untuk mempertingkat keselamatan dalam negeri dan pertahanan negara.
Sektor Sukan 2019
Peruntukan sebanyak RM100 juta diberikan untuk persediaan atlet ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo dengan matlamat untuk mendapatkan pingat emas pertama negara
Peruntukan sebanyak RM10 juta kepada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bagi menggalakkan dan membangunkan E-Sports.
Sektor Pekerjaan 2019
Peruntukan RM20 juta berbentuk geran sepadan diberikan untuk program peningkatan kebolehpasaran graduan dan mempertingkat peluang pekerjaan dengan jangkaan dapat membantu seramai 4,000 orang belia
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai beragama Islam untuk menunaikan Umrah sebanyak 7 hari sekali sepanjang tempoh perkhidmatan juga kepada penjawat awam beragama lain bagi tujuan keagamaan juga
Kenaikan gaji minimum bagi sektor kerajaan dan swasta kepada RM1,100 di seluruh Malaysia mulai 1 Januari 2019
Sektor Pendidikan 2019
Merupakan penerima peruntukan yang terbesar berjumlah RM60.2 bilion iaitu 19.1% daripada keseluruhan bajet 2019
Peruntukan bantuan pendidikan berjumlah RM2.9 bilion bagi membantu golongan miskin dengan bantuan tunai, buku teks dan bekalan makanan
Peruntukan sebanyak RM652 juta bagi menaiktaraf dan menyelenggara semua sekolah
Peruntukan sebanyak RM100 juta untuk pembinaan semula sekolah daif di seluruh negara
Peruntukan sebanyak RM206 juta untuk pembangunan dan penyediaan program latihan di Politeknik dan Kolej Komuniti
Peruntukan sebanyak RM50 juta untuk memperkasakan program Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET)
Peruntukan sebanyak RM3.8 bilion untuk pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran daripada agensi seperti MARA, JPA dan Kementerian kesihatan
Bagi syarikat yang membantu menyelesaikan baki pinjaman pekerja bagi tahun berakhir 2019, pelepasan cukai akan diberikan