Keputusan pt3 baru sahaja diumumkan baru-baru ini. Pt3 merupakan satu penilaian dalam bentuk ujian bertujuan untuk menguji pelajar Sekolah Menengah Rendah iaitu pelajar tingkatan 3. Pelbagai reaksi daripada ibu bapa dan para pelajar setelah keputusan diumumkan. Ada yang cemerlang ada yang kurang menyerlah. Namun apa yang pasti perjalanan mereka masih jauh. Selepas pt3 mereka akan menduduki peperiksaan penting di peringkat sekolah iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pelajar harus tahu apa yang mereka inginkan dan apa yang diimpikan di masa akan datang. Oleh itu pemilihan aliran sekolah menengah lepasan pt3 amat penting.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan pelbagai aliran bertujuan memberi lebih banyak pilihan kepada pelajar untuk menentukan masa depan mereka. Pelajar lepasan pt3 kini boleh memilih laluan mereka sendiri iaitu kemasukan ke Tingkatan 4 berdasarkan kepada minat masing-masing. Bermula tahun 2020, KPM telah memutuskan tiada lagi aliran sains dan aliran sastera. Berdasarkan sistem yang baharu ini, pelajar diberi kebebasan untuk memilih pakej mata pelajaran yang mereka inginkan. Akan tetapi, ia bergantung kepada kemudahan dan tenaga pengajar yang dimiliki di sekolah tersebut. Namun Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) masih lagi beroperasi seperti biasa dengan sistemnya. Pelajar juga boleh memasuki sekolah-sekolah vokasional dan menduduki sijil vokasional selama dua tahun dan jika pelajar berminat pelajar boleh meneruskan pengajian dengan menduduki diploma vokasional juga selama dua tahun. Selain itu, pelajar boleh menyertai mana-mana Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) atau Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) selama satu hingga dua tahun.
Dalam hal pemilihan aliran tingkatan 4 seperti Sains, Sastera, Teknikal dan sebagainya, ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan penting dalam membimbing pelajar untuk menentukan masa depan mereka. Sedikit kajian tentang kerjaya yang diimpikan boleh membantu pelajar membuat keputusan. Nasihat dari ibu bapa dan juga bimbingan dari guru-guru boleh membuka mata dan minda pelajar tentang laluan yang mereka inginkan seterusnya dapat menentukan masa depan mereka kelak.
Senarai Aliran Sekolah Menengah Kemasukan Ke Tingakatan 4 Berserta Mata Pelajaran
Berikut merupakan senarai aliran sekolah menengah lepasan pt3 untuk rujukan ibu bapa dan pelajar. Disertakan juga contoh senarai mata pelajaran yang disediakan mengikut aliran yang dipilih:
Senarai Mata Pelajaran KSSM Menengah Atas
MATA PELAJARAN TERAS | ||
Bahasa Melayu | Bahasa Inggeris | |
Matematik | Sejarah | |
Pendidikan Islam / moral | Sains |
MATA PELAJARAN WAJIB | ||
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan |
MATA PELAJARAN ELEKTIF | ||
Pelajar boleh memilih maksimum LIMA mata pelajaran elektif (Rujuk jadual Subjek Elektif Bahasa, Sastera dan Pengajian Islam serta Subjek Elektif STEM) |
Pelajar yang bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) tidak menggunakan sistem ini
Subjek Elektif Bahasa, Sastera Dan Pengajian Islam
ELEKTIF BAHASA | ||
Bahasa Arab | Bahasa Tamil | |
Bahasa Perancis | Bahasa Kadazandusun | |
Bahasa Jerman | **Bahasa Cina Komunikasi | |
**Bahasa Korea | Bahasa Jepun | |
Bahasa Semai | Bahasa Iban | |
*Bahasa Cina |
Pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Perancis, Jerman, Jepun, Korea dan Bahasa Cina komunikasi adalah menggunakan guru di luar norma
*Pelaksanaan Bahasa Cina Sekolah Conforming tertakluk kepada surat KP(BS)8502/15/006 (22) bertarikh 16 November 2000
**Pelaksanaan di Tingkatan 4 bermula pada Tahun 2021
ELEKTIF KEMANUSIAAN DAN SASTERA IKHTISAS | ||
Prinsip Perakaunan | Ekonomi | |
Perniagaan | ***Pengajian Keusahawanan | |
Pendidikan Seni Visual | Pendidikan Muzik | |
Geografi | Kesusasteraan Melayu Komunikatif | |
****Kesusasteraan Inggeris | Kesusasteraan Tamil | |
Kesusasteraan Cina |
Pelaksanaan Kesusasteraan Melayu Komunikatif, Kesusasteraan Inggeris, Kesusasteraan Cina dan Kesusasteraan Tamil perlu merujuk kepada Surat Siaran Bil. 9 Tahun 2019
***Pelaksanaan perlu merujuk kepada Surat Siaran Bil. 10 Tahun 2019 dan hanya ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik
****Masa Minimum Jam Setahun adalah 64 jam di Tingkatan 4 dan 32 jam di Tingkatan 5 (rujuk Surat Siaran Bil. 9 Tahun 2019)
ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM | ||
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah | Tasawwur Islam | |
Pendidikan Syariah Islamiah | ||
Mata Pelajaran KBD | ||
Usul Al-Din | Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah | |
Al-Manahij Al-Ulum Al-Islami | Al-Syariah | |
Al-Adab wa Al-Balaghah | ||
Mata Pelajaran KBT | ||
Hifz Al-Quran | Turath Dirasat Al-Islamiah | |
Turath Al-Quran wa Al-Sunnah | Pengaturcaraan Komputer | |
Maharat Al-Quran | Turath Bahasa Arab |
Subjek Elektif Stem
ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN) | ||
Fizik | Biologi | |
Kimia | Matematik Tambahan |
ELEKTIF STEM (SAINS GUNAAN DAN TEKNOLOGI) | ||
*Sains Tambahan | Asas Kelestarian | |
Sains Rumah Tangga | Sains Komputer | |
**Pengajian Kejuruteraan Awam | **Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik | |
**Lukisan Kejuruteraan | **Pengajian Kejuruteraan Mekanikal | |
Sains Sukan | Reka Cipta | |
Pertanian | Grafik Komunikasi Teknikal |
*Murid tidak boleh mengambil mata pelajaran sains tulen bersama dengan sains tambahan tetapi digalakkan mengambil mata pelajaran matematik tambahan
**Pelaksanaan perlu merujuk kepada Surat Siaran Bil. 10 Tahun 2019 dan hanya ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik
ELEKTIF STEM (MATA PELAJARAN VOKASIONAL) | ||
Pembinaan Domestik | Produksi Reka Tanda | |
Rekaan dan Jahitan Pakaian | Landskap dan Nurseri | |
Reka Bentuk Grafik Digital | Pemprosesan Makanan | |
Pendawaian Domestik | Gerontologi Asas dan Geriatik | |
Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak | Kerja Paip Domestik | |
Menservis Motosikal | Servis Peralatan Penyejukan & Penyamanan Udara | |
Kimpalan Arka dan Gas | Hiasan Dalaman | |
Penjagaan Muka dan Penggayaan Rambut | Menservis Automobil | |
Akuakultur dan Haiwan Rekreasi | Produksi Multimedia | |
Tanaman Makanan | Katering dan Penyajian | |
Servis Peralatan Elektronik Domestik | Pembuatan Perabot |
Pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) perlu merujuk kepada Surat Siaran Bil. 11 Tahun 2019
Pakej Stem 1
Khusus untuk pelajar yang berminat dan berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di peringkat asasi sains, matrikulasi dan pengajian tingkatan enam. Contoh bidang yang boleh diceburi adalah perubatan, kejuruteraan, bioteknologi dan banyak lagi. Berikut adalah contoh mata pelajaran yang boleh diambil:
CONTOH 1 | ||
TERAS | ||
Bahasa Melayu | Bahasa Inggeris | |
Matematik | Sejarah | |
Pendidikan Islam/pendidikan moral | ||
WAJIB | ||
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan | ||
ELEKTIF | ||
Fizik | Biologi | |
Kimia | Matematik Tambahan |
CONTOH 2 | ||
TERAS | ||
Bahasa Melayu | Bahasa Inggeris | |
Matematik | Sejarah | |
WAJIB | ||
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan | ||
ELEKTIF | ||
Fizik | Biologi | |
Kimia | Matematik Tambahan Bahasa Arab | |
Pend. Al-Quran dan As-Sunnah | Pend. Syariah Islamiah |
CONTOH 3 | ||
TERAS | ||
Bahasa Melayu | Bahasa Inggeris | |
Matematik | Sejarah | |
Pendidikan Islam/pendidikan moral | ||
WAJIB | ||
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan | ||
ELEKTIF | ||
Fizik | Biologi | |
Kimia | Matematik Tambahan Bahasa Arab | |
Pendidikan Seni Visual |
Pakej Stem 2
Khusus untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari dan berminat dengan kerjaya dalam bidang seperti kejuruteraan, sains komputer, teknologi pembuatan dan lain-lain. Contoh kombinasi mana-mana mata pelajaran sains tulen dan matematik tambahan dan sekurang-kurangnya satu pelajaran elektif STEM sains gunaan dan teknologi atau mata pelajaran daripada elektif bukan STEM adalah seperti berikut:
CONTOH 1 | ||
TERAS | ||
Bahasa Melayu | Bahasa Inggeris | |
Matematik | Sejarah | |
Pendidikan Islam/pendidikan moral | ||
WAJIB | ||
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan | ||
ELEKTIF | ||
Fizik | Biologi | |
Kimia | Grafik Komunikasi Teknikal |
CONTOH 2 | ||
TERAS | ||
Bahasa Melayu | Bahasa Inggeris | |
Matematik | Sejarah | |
Pendidikan Islam/pendidikan moral | ||
WAJIB | ||
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan | ||
ELEKTIF | ||
Fizik | Pengajian Kejuruteraan Awam | |
Kimia | Matematik Tambahan | |
Lukisan Kejuruteraan |
CONTOH 3 | ||
TERAS | ||
Bahasa Melayu | Bahasa Inggeris | |
Matematik | Sejarah | |
Pendidikan Islam/pendidikan moral | ||
WAJIB | ||
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan | ||
ELEKTIF | ||
Fizik | Biologi | |
Matematik Tambahan | Sains Sukan |
Pakej Stem 3
Khusus untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat sijil dan diploma di mana-mana universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan institusi kemahiran yang melibatkan kerjaya dalam bidang seperti pernoagaan, reka bentuk fesyen, hospitaliti dan lain-lain. Contoh kombinasi sekurang-kurangnya dua mata pelajaran elektif STEM sains gunaan dan teknologi atau mengambil mana-mana satu MPV mata pelajaran adalah seperti:
CONTOH 1 | ||
TERAS | ||
Bahasa Melayu | Bahasa Inggeris | |
Matematik | Sains | |
Sejarah | Pendidikan Islam/pendidikan moral | |
WAJIB | ||
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan | ||
ELEKTIF | ||
Sains Komputer | Pendidikan Seni Visual | |
Reka Cipta |
CONTOH 2 | ||
TERAS | ||
Bahasa Melayu | Bahasa Inggeris | |
Matematik | Sains | |
Sejarah | Pendidikan Islam/pendidikan moral | |
WAJIB | ||
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan | ||
ELEKTIF | ||
Sains Tambahan | Matematik Tambahan | |
Grafik Komunikasi Teknikal |
CONTOH 3 | ||
TERAS | ||
Bahasa Melayu | Bahasa Inggeris | |
Matematik | Sains | |
Sejarah | Pendidikan Islam/pendidikan moral | |
WAJIB | ||
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan | ||
ELEKTIF | ||
Produksi Reka Tanda |
Pakej Sastera & Kemanusiaan
Untuk pakej sastera dan kemanusiaan pula memberi laluan dan peluang kepada pelajar yang ingin menceburi bidang sastera. Gabungan mata pelajaran adalah terdiri daripada kumpulan elektif bahasa, pengajian islam serta kemanusiaan dan ikhtisas. Contoh gabungan mata pelajaran adalah seperti berikut:
CONTOH 1 | ||
TERAS | ||
Bahasa Melayu | Bahasa Inggeris | |
Matematik | Sains | |
Sejarah | ||
WAJIB | ||
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan | ||
ELEKTIF | ||
Bahasa Arab | Pendidikan Syariah Islamiah | |
Al-Quran dan As-Sunnah |
CONTOH 2 | ||
TERAS | ||
Bahasa Melayu | Bahasa Inggeris | |
Matematik | Sains | |
Sejarah | Pendidikan Islam/Pendidikan Moral | |
WAJIB | ||
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan | ||
ELEKTIF | ||
Kesusasteraan Melayu Komukatif | Pendidikan Seni Visual | |
Geografi |
CONTOH 3 | ||
TERAS | ||
Bahasa Melayu | Bahasa Inggeris | |
Matematik | Sains | |
Sejarah | Pendidikan Islam/Pendidikan Moral | |
WAJIB | ||
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan | ||
ELEKTIF | ||
Ekonomi | Prinsip Perakaunan | |
Perniagaan | Matematik Tambahan |
Pengecualian Subjek Teras
Mata pelajaran subjek teras adalah wajib akan tetapi untuk mata pelajaran sains dan pendidikan islam diberikan mengikut gabungan mata pelajaran elektif sains tulen dan elektif pengajian islam
Maklumat Penting Pengecualian Mata Pelajaran Teras Sains atau Pendidikan Islam:
Pelajar yang mengambil mata pelajaran sains tulen (fizik/kimia/biologi) dikecualikan daripada mengambil mata pelajaran teras sains
Pelajar yang mengambil kombinasi mata pelajaran berikut dikecualikan daripada mengambil mata pelajaran teras pendidikan islam:
- Pendidikan AL-Quran & Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah
- Usul Al-Din dan Al-Syariah
- Turath Dirasat Al-Islamiah dan Turath Al-Quran wa Al-Sunnah